SAHABAT

Setiap orang mempunyai sahabat dan begitu juga aku (cewwah! Ayat permulaan tak boleh bla,. sama macam nak buat karangan time SPM dulu jep)..hehe..ye la, nak ceritakan disini bahawasanya semua orang ada sahabat..kalau ditanya kepada aku tentang apa nikmat-nikmat yang Allah bagi kepada kita,.dan jawapan aku salah satu nikmat yang Allah bagi ialah mempunyai SAHABAT sejati.

Alhamdulillah aku dikurniakan dengan ramai sahabat yang sejati..dan hari ini aku nak ceritakan tentang sahabat yang aku kenali dari masa kecil sampai sekarang..kenal dari sekolah rendah sampailah sekarang..nak kenal mereka,.jom scroll


Alhamdulillah ikatan yang dibina masih lagi utuh sampai sekarang walau masing-masing duk jauh, dan berlainan haluan tapi kami tetap bersama..susah sama-sama dan senang sama-sama,.gelak sama-sama dan nangis pun sama-sama..(^_^)


Mereka sangat memahami diri aku ni yang boleh dikatakan agak gila-gila la jugak kot,.eh! entah la, aku rasa aku ni ayu dan sopan je..siapa la yang bagi gelaran macam tu kat aku..( ayu dan sopan,.mohon jangan menipu Amyra Adylla..hahaha gelak jahat)..perangai je agak gila-gila tapi dalam hati ada taman kot..acecece..prinsip aku dalam berkawan ni, biar napok tolol di mata saem asal saem2 happy”.. Fuyyo! Quote2..boleh wat status kat FB ni..haha

Satu dah diambil orang,.tinggal 2 lagi..hehe



Mereka tegur jika ada salah, 
Mereka membantu jika dalam kesusahan, 
Mereka menolong jika dalam kepayahan, 
Kerana mereka adalah mereka,
Terima kasih sahabat.

Jadi saya sayang kamu semua..:)

P/S : Salah satu nikmat yang Allah swt bagi ialah mempunyai sahabat sejati..dan alhamdulillah aku telah memilikinya..:)

Kita perlu sentiasa mengingati

Satu malam tengah-tengah khusyuk tengok tv,.masuk satu mesej dari seorang kawan..kawan ni perempuan ok.

Kawan  :  Weh, wak gapo?

Aku      : Duk tengok movie kat laptop,.nok prabih stok movie hok ado,.baru jah teringat ke mu petang takdi..hehe

Kawan  : Hehe..sokmo gitu opps..miss u darlim

Aku      : Same here..aktiviti loni duk marathon movie plus nenek aku kurang sihat takleh nak gi jale mano

Kawan  : Owh..xpo2 jago ore tua dapat pahala..free2 jah dapat pahala cuti2 ni..aku duk tengok cite laptop ni jugop ni..nak perabis jugak..X On9?

Aku     : InshaaAllah..mudah-mudahan..X On9 pon,.bakpo?

Kawan : Xdop gapo pom,.sajo jep,.aku duk tengok home,.banyak unexpected things happened..(kawan kita) ni tune..tahu? Gojes Gile.

OK,.dan bla,.bla,.bla  !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kawan   : Tak payah pikir benda ni lah lagho2..haha,.supo abah aku royak pikir benda dunia hati mati,.huhu,.nauzubillah

Aku       : Sungguh! Like Ustazah Nurhafizah Musa royak hati yang terlalu pikir hal dunia tak kan kemana                 malah akan membuatkan hati jadi keras dan paling takot hati jadi mati..nauzubillah,.takut sungguh dengar

Kawan   : Tahu takpe..Xsey2..Nauzubillah..lagipun jangan pikir sangat benda ni sebab banyak lagi menda lain unutk pikir..kita khalifah bukan hok pemusnah agama ke gapo..malu ko Rasulullah saw dan sahabat2,.aku akan diuji dengan apa aku royak..moga2 terselamat..ameen

Aku      : Sungguh!..setuju dengan mu.. sebenarnya bukan mendo tu pon hok jadi keutamaan untuk kita nak pikir..Like mu royak sebelum ni pilih agama, hok comey akan mari la lepas tu..kalu kita tafsir ayat ni memang mendalam maksud dio..dan paling penting loni tujuan utama hok kita kena buat pikir ke akhirat bukan fokus ke dunia.

Kawan   : Yep..sangat2..macam Aiman Azlan royak,.it’s not about getting married right away, but getting married in the right way..banyak lagi ilmu hok kena cukup untuk kita bina masjid tu..lagipun tanggungjawab kita pada family dan paling penting agama tu sangat-sangat la No 1..jadi baik untuk kita bukan untuk siapa2..fix ourselves better, then the best person will come later..abang aku penah royak,.its not good for a woman to put a status about jodoh, kawen dan watsoeva because people out there will judge us..huhu..harap tak tersalah buat yang boleh merosakkan iman kita

Aku    : Ya Allah,.bila mu royak gini, memang terasa kat diri aku..terima kasih untuk semua ni..dalam cuti ni, aku alwiz niat nak berubah..mula2 dulu niat berubah untuk dapat jodoh baik tapi lama kelamaan aku mari terpikir sendiri sia-sia jah berubah untuk dapat benda tu..walhal Allah swt dah janjikan wanita baik untuk lelaki yang baik..pahtu loni baru aku sedar,.alhamdulillah sedikit sebanyak Allah bagi aku petunjuk

Kawan : Maaf kalau aku buat mu rasa gini..aku pun..aku pernah rasa diri better pada ore..doso besar kot rase riak..astargfirullah..btw, alhamdulillah kita share benda gini at least tak sia-sia mesej kita..yep, fix ourselves better..ameen..Anyway tahniah, grab the chance yang Allah bagi..kita tak tahu bila pulop DIA akan bagi kita opps

Aku      ; Eh tak payoh duk minta maaf la..meme betul pon gapo mu royak..kalu dengar ceramoh ko gapo2 memang aku akan beraso gini..bukan maroh pon tapi nyesal dengan diri aku sendiri,.malah aku sentiasa berterima kasih dengan DIA sebab setiap kali aku laro DIA hantar ore untuk bagi peringatan untuk aku..aku sangat dahagakan menda-menda gini..InshaaAllah kita sama-sama mengingati

Kawan  : Huhu,.ngoti,.takleh buat sorang kan..sebab tu Rasulullah saw ada Jibril dan semua sahabat2..moga ni jadi saksi persahabatan kita disana..ameen..one more thing jaga hak Allah,.Allah jaga hak kita..kena betul2 yakin dan percaya..ameen,.tq jugak..muah

Aku       : InshaaAllah,.amin2,.aku setuju,.dan sentiasa cari redha Allah bukan penghargaan dari manusia
Kawan   : Ameen..may Allah bless us dear..all of us..aku sayang mu ngoti
Aku       : Ameen2..aku pom..love you so much..sayang kerana Allah..:) 

P/S : Alhamdulillah Allah mengurniakan aku seorang sahabat yang saling mengingati

Entry khas untuk Cik Ija

Assalamualaikum dan selamat malam,.entry untuk kali ni khas untuk cik ija..cik ija ni ialah classmate aku,merangkap housemate, rumate,bedmate, makemate,story mate dan macam-macam mate lagi lah,.haha,.nama sebenar cik ija ialah noraniza bt salleh..ada orang panggil dia ija, nora, nija dan yang sama waktu dengannya..tapi aku lebih senang panggil dia dengan panggilan za,.mantap! dan padu! Hanya dengan sekali hentian glotis je..ok melalut! Dah,.haha

Nak kenal cik ija dengan lebih dekat,.ok jom scroll bawah


Haa ni lah dia cik ija yang aku nak ceritakan tu..cantik kan



Cik Puan Siti dengan Za,.makan2 sebelum cuti sem hari tu




za lagi,.dah nama entry khas untuk za kan 
memang gamba dia la banyak..hehe


Hampir 5 tahun aku kenal dia..banyak dugaan yang telah kami hadapi,.nasib kami lebih kurang sama Cuma jalan ceritanya yang berbeza..dugaan apa?? haa hanya kami je yang tahu..jeng! jeng! Jeng!..apa yang aku boleh ambil dari semangat za ialah tak mudah putus asa dan kuat semangat..za selalu bagi semangat kat aku..bilamana aku ada masalah dialah antara kawan, antara sahabat yang akan aku cari untuk mintak pendapat sebab aku tahu segala nasihat yang za akan berikan nanti takkan mengecewakan aku.


Dalam kelas dialah yang paling lembut, lemah gemalai..bagi aku la,.tapi sekali gelak,.hilang habis segala kelembutan tu..hehe..bab2 Running Man memang dia lah hantu,.tak makan pon takpe..(hamboi melampau sampai tak makan)..terima kasih za untuk semua yang telah kita lalui bersama..aku sayang mu,(kami bukan lesbian ok)..hehe..kaulah sahabatku dunia dan akhirat..Inshaa Allah.

P/S : Sahabat baik adalah salah satu anugerah dari Allah s.w.t..dan alhamdulillah,.aku bersyukur,sebab aku ada za..:)

The Only 'Budak Kecik' In The House

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua..I’m back setelah sekian lama tak mengupdate blog..terlebih dahulu jutaan terima kasih untuk cik puan sri siti fatimah kerana telah mengubah blog aku jadi serupa ini..cantik!,.nak harapkan aku nak deco2 blog ni,.hmm memang tak la kan,.yang aku tahu kerja aku menulis..hehe..aku menulis bukan untuk mencari populariti tapi aku menulis sebagai hobi mengisi masa lapang..cukup buat tatapan aku satu hari nanti.


Rumah kembali sunyi tanpa suara si budak kecik ni,.selalunya sebelum tidur mesti main dengan budak kecik ni,.geletek2,main bola, conteng buku..ni adalah satu-satunya anak saudara yang aku ada buat masa ini,.mungkin akan bertambah tak lama lagi,.haish! rindu2,.kata mak,.cepat-cepat la akak kawen bagi mak cucu ramai nanti tak la rasa sunyi..aish! mak ni asyik2 persoalan itu diperkatakan..dan aku diam seribu bahasa.


P/S : Hutang entry khas untuk Cik Ija

Tumpat mari

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua..berbalik pada entry blog,.haa!!! siapa kata Tumpat tak ada tempat menarik untuk dilawati?..banyak kot tempat-tempat menarik yang ada dekat Tumpat yang boleh kita pergi untuk ambil angin ke, jalan-jalan ke, atau buat lawatan sambil belajar..aku bertuah kerana mempunyai beberapa kenalan yang berasal dari Tumpat..dialah yang telah membawa aku dan beberapa kenalan ronda-ronda di sekitar Tumpat ini..

Antara tempat yang boleh kita pergi ialah

Pada permulaan kami pergi ke Pengkalan Kubur,.tempat ni femes giler kot!! 
terutamanya dalam kalangan mak-mak,.
selalu mak-mak datang sini nak beli periuk belanga, tikar dan sebagainya.

Haa!! ni tempat yang aku suka..kat sini banyak jual beg-beg terkini 
dengan harga yang murah

dan disini jugak ada jual pelbagai jenis cokelat 
sama macam Langkawi..yummy!

Dan jangan risau,.kerana berdekatan dengan pengkalan kubur ni ada je masjid yang boleh kita singgah untuk sembahyang dan di masjid ini jugak ada tandas..jadi kat sini kita boleh terus langsaikan apa yang patut..hehe

I love this part iaitu makan..hehe..ni adalah mee chambol..mee chambol ni berasal dari siam..rasanya lebih kurang macam bihun sup tapi mee chambol dekat sini lebih Urmm!!! Orang kata..kat sini jugak ada pattai..haa betol lah kot ejaannya

Kemudian kami naik ni dekat Pantai Sri 7..ni adalah Paddle Boat..first time kot!
 aku naik ni..tambang untuk naik ni murah je iaitu RM5.OO untuk seorang.,murahkan!


Haa ni pulak dekat tokong tu..takut jugak nak masuk pada mulanya sebab orang kata kalau masuk ni bimbang takut akan dikacau,.tapi kawan kata itu semua khurafat,.masuk untuk niat nak melawat takpe..dan semamangnya lepas balik dari tempat ni,.alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku..betullah kata kawan..:)

P/S : jadi apa tunggu lagi,.jom melawat Tumpat..siapa kata Tumpat Takde tempat menarik untuk dilawati?



Azzlee Khairi VS Remy Ishak

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam,.sedang khusyuk tengok tv,.al-maklumlah Remy Ishak berlakon..hehe..tiba-tiba mak tegur

Mak      : Ai!! Akak ni,.asal tengok Remy Ishak mesti suka,sengih-sengih sorang..asal tengok je mesti buat muka macam tu.
Aku       : Biarlah,.Alang minat dia..dia hensem,.hehe
Mak      : Alah! Hensem apa,.hensem lagi hero mak
Aku       : Hah! Hero mak,.siapa?

Tetiba adik menyampuk

Adik     : Siapa lagi Lang kalau bukan Mr Arrogant dia tu.
Aku      : Alah! Si Arrogant tu..hmm tak minat lah..minat lagi Remy Ishak
Mak      : Hero mak lagi hensem la kak
Aku      : Hmm ye lah mak..malah nak bertekak..haha

P/S..Lain orang lain citarasa kan..:)


Hobi baru mak

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua

Hmm ni adalah hobi baru mak 

hobi baru mak ialah tanam pokok bunga,.kata mak “ tanam bunga banyak-banyak nampak la rumah tu ada seri dan cantik sikit..macam orang, kalau di make upkan sikit terserlah lah cantiknya,.jangan kita je nak melawa rumah pun nak melawa jugak..haa kan dah keno!! hehe


Yup, aku percaya..rumah pabila dihiasi dengan pokok-pokok bunga makin berseri

Setiap pagi dan petang mak telah menugaskan aku untuk siram semua pokok-pokok bunga dia ni..tak boleh miss kecuali kalau hari hujan..penah satu malam dalam pukul 10 macam tu la,.mak panggil aku suruh teman dia siram pokok bunganya sebab petang hari tu tak sempat nak siram..alahai!!! mak pon,.sayang sangat kat bunga-bunga dia..hmm terima je la

and yet i love the flower..:)



Satu petang

Assalamualaikum w.b.t  dan selamat malam semua,.wink2 cuti ada lagi..duduk rumah is Osem!!!..makan tido,makan tido je keje.

Kata mak : Akak ni asyik-asyik makan je keje nya..cuba control sikit makan tu,.jaga badan sikit
Kata adik : Ntah alang ni,.asyik makan je..makan,makan,makan,nati gemuk baru tahu
Kata ayah : Alah!!! makan je kak selagi boleh makan,.masa Allah bagi selera makan ni makan je apa yang ada..tak payah fikir la orang nak kata apa


P/S : Hahaha Ayah I like You

Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..boring tak tahu nak buat apa on9 facebook jap..duk ralit berFB tiba-tiba naik news feed tentang Ahmad Ammar..boleh dikatakan setiap news feed FB aku adalah tentang Ahmad Ammar..hati ini dengan begitu kuat ingin mengetahui tentang dirinya.

Ada seorang kawan share video tentang beliau..aku lihat bagaimana kematian beliau sangat disanjungi oleh masyarakat diluar sana walhal beliau baru berusia 20tahun..kematian beliau sangat dirasai..dan ada kawan share gambar kematian beliau di wall fb aku lihat jasadnya begitu tenang..mengapakah boleh jadi sedemikian rupa??..aku terus mencari maklumat tentang Ahmad Ammar.

Ini yang aku dapat berdasarkan maklumat yang aku cari.. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam


Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين 

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ

Subhanallah selepas mendapat maklumat tentang beliau dengan terus mata ini mengalirkan air mata..tidak semena-mena air mata aku keluar..betapa dalam usia yang muda beliau banyak memperjuangkan tentang syiar islam..banyak memberi pertolongan dalam membantu saudara seislam kita yang ditindas terutama di bumi Sham, Syria..sehinggakan ada mesej yang dipaparkan di wall Fb beliau menunjukkan beliau mahu SYAHID di bumi sham..Subhanallah, betapa dalam usia yang begitu muda dengan jelas beliau begitu tegar menegakkan syiar islam..sedangkan aku masih lagi terkapai-kapai dalam gelombang entah apa-apa..terasa diri ini begitu kerdil,.terasa diri ini begitu hina..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..amin2

NANGES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Suatu malam

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..tiba-tiba teringat perbualan dengan seorang rakan pada suatu malam itu.

Kawan        : aku tak tahu la,.kenapa dia pilih aku
Aku            : kenapa pulak?
Kawan        : ye lah,.aku ni kan tak cantik,.tak lawa,.tak pandai macam ex-girlfriend dia yang dulu tapi kenapa dia pilih aku erh
Aku            : A’a la kan,.tu la..aku pun pelik kenapa dia pilih kau erh..kau tak de pun ciri-ciri macam ex-girlfriend dia..(sambil2 gelak)..haha
Sikawan tengok kat aku sambil buat muka..mungkin tak sangka jawapan ni yang akan muncul dari mulut aku..(sebagai kawan memang kejam la ayat ni)..haha
Aku           : haha..sabar la,.aku gurau je la..dah tu kau beria-ia cakap macam tu,.aku ia kan lah..haha

            Kawan,.usah difikirkan soal pemilihan itu,.mengapa dia pilih aku?layak ke aku dengan dia? Dan bla!bla!bla!..dah tutup cerita..tu semua soalan yang akan melemahkan seseorang..orang bijak tak akan mudah melatah malah dia kena lebih menghargai.

            Sayangku, lain orang lain citarasanya,lain badan lain pemikirannya..tak sama..kalaulah mereka mempunyai citarasa dan pemikiran yang sama memang dunia tak akan jadi maju dan kreatif..bayangkanlah kalau setiap orang mempunyai citarasa yang sama..haru biru la dunia kerana masing-masing berkehendakkan benda yang sama..dan kesihan la pada yang lain tak ada orang nak pilih..jadi sebab itulah manusia ni dilahirkan berbeza-beza pilihan, pendapat,.citarasa dan etc.


Aikrim Oreo homemade

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..pagi tadi tak tahu nak buat apa..tetiba je mari idea nak buat aiskrim buatan sendiri,.aku ni boleh dikira sebagai salah seorang pengemar aiskrim juga la.. mari idea dalam kepala nak buat Aiskrim Oreo memandangkan semua bahan-bahan tu ada kat rumah..nak buat aiskrim ni tersangatlah senang dan sangat sedap..rugi kalau tak cuba..nak tahu cara buat macam mana,.meh! sini hari ni aku nak kongsi resepi.

Bahan-bahan
- setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair(ducthlady kotak pon boleh..ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal)* (dapatkan di KEDAI KEK)
- sedikit esen vanilla
- blendkan sampai gebu.

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) MAKAN !!!!!!! sampai menjilat sudu~!!!

Tara!!!!!!!! Ni adalah antara bahan-bahan
 yang diperlukan
 dan gambar yang last tu yang dah 
keluarkan dari freezer..sedap!!!!



Ayah is my Superhero

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang semua..berbalik pada entry..nak ceritakan kejadian semalam dan pagi tadi yang jadi kat aku..semalam awal lagi masuk bilik dengan harapan nak tengok moviee yang baru ambil dengan sorang kawan ni..alasan nya ambil cerita tu nak buat stock dalam cuti..konon nye la..hehe

Malam ni cerita A Werewolf Boy jadi pilihan..nampak macam seram jep,.tapi layan jep..tengah-tengah duk layan tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Zhup.....laptop aku jadi hitam..tak keluar bunyi mahupun cerita yang aku duk tengok tu..keluar dari bilik, rupa-rupanya mak aku pi tutup suis kat luar..,mak cakap maaf sebab mak tak tahu..hmm, aku pun nak kata apa kan,.ye lah bukannya mak tahu aku kat dalam bilik tengah on laptop.

Sambung balik bukak suis tu,.tapi yang hairan laptop tetap hitam dan tak jadi..langsung tak boleh nak on..tekan power on pun tak keluar pape..dalam hati, tak pe..tido la dulu..mungkin esok jadi la kot..zzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!

Awal pagi bangun, pi terus cek laptop dengan hati yang berdebar-debar tengok2 laptop sama macam semalam..langsung tak boleh nak on..ok! tiba-tiba rasa nak nanges,.masa tu dalam kepala dah pikir..(Oh!! Elaun,nampaknya riwayat kau habis untuk aku guna baiki laptop la jawabnya)..encik elaun baru je masuk semalam..dalam hati terus istighfar untuk sabarkan hati,mungkin musibah ni nak hapus dosa aku kot,.terus pikir mungkin aku kurang bersedekah sampaikan bila encik elaun masuk je terus DIA bagi musibah sebegini,.pastu macam-macam duk pikir..haish!!!

Lepas tu ayah tengok dan mai kat aku,.tanya kenapa,.aku pon cerita la serba sedikit..dengan pantas ayah ambik charger laptop bawak pi dapur dan tukar apa ntah dan tak sampai 5 minit,.ayah suruh pasang charger dan on laptop..dengan berdebar-debar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.......akhirnya,.laptop boleh on balik dan seperti sedia kala,.Alhamdulillah..rasa nak peluk-peluk je ayah masa tu..hehe..ayah kata, kalau laptop ditutup mengejut macam tu kemungkinan fius nya terbakar.


P/S : Terima kasih ayah,.You Are My Superhero..(^_^)


Breakfast

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi semua..awal-awal pagi lagi dah bangun pesan kat mak tak payah masak untuk breakfast pagi ni sebab anakanda ini mahu bikin breakfast hari ni..mak dengan berbesar hatinya memberi tugasan itu untuk aku..Tengok kat dapur ada lagi spagheti dan sos cendawan kimball jadi tanpa berlengah buat je spagheti.

Tara!!!!!!! siap

spagheti menjadi santapan breakfast keluargaku hari ni..asalnya atas permintaan adik,.dia yang nak makan sangat,.alang-alang dah buat jadi baik buat banyak biar semua orang boleh makan..gitu!!..hehe
nasib baik semua boleh makan spagheti yang aku buat ni,.al-maklumlah ni makanan omputih,.risau jugak takut makanan ni tak boleh diterima oleh mereka..tapi alhamdulillah semua orang boleh makan sampaikan nenek aku pun kata sedap..(dah kembang kuncup dek kena puji oleh nenek aku..acecece)..hehe

Senang je nak masak spagheti ni,.rebus spagheti yang dalam plastik tu,.lepas tu toskan..sambil-samil tu buat sos dia..aku guna sos cendawan kimball yang dah siap tu je..cuma tambah bawang, ayam kisar, cendawan, gula, garam dan sedikit lada sula,.opps!! lupa aku tambah la jugak sos cili dan tomato nak kasi kuah tu banyak dan pekat sikit..spagheti ni lagi pekat sos lagi sedap tau..tapu kalau kamu rasa nak tambah apa-apa yang kamu suka,,terpulang..campak je..gerenti sedap.
P/S : Saya suka masak

Beg Pikul

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi..alang-alang dah buat entry pasal melancong,.hari ni nak ceritakan sikit tentang geng-geng kaki melancong aku kat maktab..Geng ini kami namakanBEG PIKUL’ asalnya diambil dari 'begpackars' sebenarnya..keahliaannya semakin bertambah untuk setiap trip yang kami pergi..Pengasas group ini adalah Nur Zatilini Mohd Jaafar dan Setiausahanya pula ialah Nur Farhana Mohamad manakala aku pula sebagai AJK pengangkutan dan makana..hehe..setiap program dirancang dari awal dan disertakan dengan tentatif program lagi..kelas kan!! Haha.. Moto gruop ini ialah “MUDOH BASO SENE KIRO”.. Siapa-siapa nak join ikut je..group kami ini bersifat terbuka.


Antara tempat yang telah kami pergi ialah


Kuala Lipis, Pahang..masa ni sambil-sambil pergi 
kenduri pertunangan kak Madihah


Gambar ni ialah sewaktu kami di Cameron Highland

Ladang teh kami datang


Di muzium Terengganu

Di Taman Tamadun Islam (TTI)

Ber'Padle Boat kat pantai Sri Tujuh

Makan Maggi ketam 

Dan banyak lagi tempat yang telah kami pergi..best!!! menghabiskan masa dengan kawan-kawan sebarang masalah kami akan atasi bersama..jadi apa tunggu lagi,jom! join kami..cewwah! promote..hehe

P/S : The best moment in my life is having a great time with my friends..:)






Aku dah semakin berusia

Assalamualaikum w.b.t,.rupanya dah hampir seminggu tarikh hari ulang tahun kelahiranku..ini bermakna dah seminggu aku melangkah ke umur 2+ (tak nak bagitahu,.cari sendiri..hehe) dah tua rupenya aku ni..Yeah!! I’m big girl now..Mak!! nak kawen..tetiba..boleh kena lempang dengan mak..hehe..eh tak de lah,.mak ok jep.


Seminggu yang lepas ada berbual dengan seorang kawan sambil-sambil stadi (lah sangat)

Kawan  : Esok burfday mesti ada tunggu sape2 wish kan?
Aku      : Hah! Maksudnya.
Kawan  : Someone special,.i guess!
Aku      : Hmm, kalau tahun-tahun lepas ada lah kot tunggu..hehe..tapi sekarang tak lagi sebab aku tahu dan sedar siapa aku disisi dia sekarang..Tak perlu memberi pengharapan dan aku lebih selesa begini.
Kawan  : bagus! Hmm nak tahu dalam surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman yang membawa maksud  Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Maksudnya, jika kita menjaga adab dan segala larangan-NYA ini bermakna kita dah meolong Allah untuk menegakkan keimanan..dan percayalah bahawa jika kita menjaga segala batas-batasnya maka Allah juga akan menolong dan malah akan mengukuhkan lagi kedudukan kita disisi-NYA..kata kawan lagi ada sebab mengapa Allah bagi ujian ini kat kita..jangan mengeluh dan sentiasa ingat DIA.
Aku : Subhanallah,.ok nanges.

Terima kasih kawan atas ingatan ini,.sungguh biarpun nampak kecil tapi impak besar pada diri aku..dan yang paling sweet dia tulis ni untuk aku..hee!! buat muka bahagia..hehe




P/S : A million thanks to you Nur Zatilini Mohd Jaafar sebab selalu bagi nasihat, selalu marah aku kalau buat salah, selalu tegur aku dengan ayat-ayat sentap,.hehe..selalu ingatkan aku tetang solat berjemaah, selalu jadi imam aku masa sembahyang,.selalu doa untuk aku,.selalu ada masa aku memerlukan!!..you are the part of my life..tiada apa-apa yang dapat aku berikan hanya doa yang mampu titipkan untuk,.moga dirimu sentiasa berada dalam keberkatan-NYA..amin.

Cuti pun bermula

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua..cuti sekolah dah bermula,.yeay!!! ini bermakna aku bebas tanpa esaimen,RPH, exam dan yang sama waktu dengannya untuk seketika..cuti memang sentiasa dinantikan oleh semua pelajar aku kira dan termasuklah aku..hehe

            Dah 5 hari duduk dirumah..Heaven!!!..dan selama tempoh ini banyak menda yang telah aku selesaikan termasuklah menghadiri perkahwinan kawan, teman kawan beli barang tunang yang tak lama lagi akan berlangsung, tolong mak tanam bunga, kemas rumah dan bla,bla,bla..Tanya seorang kawan “Tak penat ke buat kerja-kerja tu semua” dan dengan tenang aku jawab “TAK!!! Malah dengan buat kerja-kerja ni buat aku lebih rasa bahagia dan gembira sebab aku dapat bahagiakan orang yang aku sayang.

Terdengar perbualan kawan-kawan banyak duk plan nak gi situ sini cuti ni,.paling tepat ialah melancong..Yeah! aku suka melancong..I love to travel..memang tak dinafikan..hehe..melancong banyak memberi aku pengalaman..bak kata pepatah melayu “Jauh perjalanan luas permandangan”..(ok! dah start dah pepatah bagai mentang-mentang la belajar semantik..acecece)..Aku suka memerhati gelagat-gelagat manusia sepanjang perjalanan dan yang paling penting aku melancong untuk melihat keindahan alam ciptaan-NYA..melihat keadaan diluar sana banyak memberi aku tentang erti kebesaran ciptaan-NYA..Subhanallah.

Namun, untuk cuti kali ini aku lebih memilih untuk menghabiskan sisa-sisa cuti dirumah,.berbakti kepada kedua mak dan ayah aku..tolong ringankan beban-beban kerja rumah..aku lebih memilih untuk membahagiakan mereka,.biarlah mereka berehat sepanjang aku berada dirumah.

P/S: Hatiku bahagia bila melihat mereka bahagia..:)

Excited nak berblog

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..mood hari ni semangat nak update blog..blogku dah bertukar wajah..credit to you wahai Cik Puan Sri Siti Fatimah kerana telah menukar blogku jadi sebegitu cantik begini..nak harapkan aku nak ubah bagai jadi camni memang tak kan jadi la kan..hehe

Sekali lagi terima kasih ti,nati aku belanja mu air masak kat nasik bajet k..jgn lupa tuntut dengan aku nanti..:)

P/S : Hidup ini indah disamping kawan-kawan yang memahami..:)

Entry khas untuk mak dan ayah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua..alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan hidup untuk terus mengecapi segala nikmat yang telah Allah s.w.t berikan..Hujung minggu kali ni, berkesempatan menghabiskan sisa-sisa kehidupan bersama ayahanda dan bonda yang tercinta di kampung setelah hampir beberapa minggu tak balik rumah..hati bukan kepalang dapat balik kampung hari ni..pagi2 lagi bangun dan tanpa breakfast terus balik..hehe..salah satu nikmat yang Allah berikan tanpa kita sedari ialah ibu-bapa..Alhamdulillah Allah masih lagi mengurniakan aku Ibu bapa yang perlu aku jaga..Inshaa Allah

Hari ni kat rumah mak ada buat makan-makan sikit..buat solat hajat sempena anak-anak mereka nak exam!! itulah mak ayah aku kalau nak kenal..kalut!!!..hehe..subhanallah! betapa beruntungnya aku dapat mereka sebagai ibu bapaku..tak tahu dengan apa untuk nak membalas jasa mak dan ayah..terima kasih ya Allah..:)
Mak, Ayah!..hanya doa sahaja yang mampu anakmu ini titipkan.

Ya Allah, ya tuhanku..Kau peliharalah kedua orang tuaku ini dalam rahmatmu..berikanlah kesejahteraan hidup kepada mereka,.jauhilah mereka dari api neraka,.kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka agar mereka dapat terus beribadat kepadaMu..kerana sesungguhnya ya Allah mereka terlalu istimewa bagi aku.


P/S : Alang sayang mak dan ayah

Classmate

Assalamualaikum w.b.t..fuhh!!! lame tak update blog..tetiba rasa nak mengupdate blog..walau kerja bertimbun plus praktikum tapi ade aku kisah..hehe





3minggu di sekolah membuatkan tetiba teringat dekat classmateku..lebih kurang setahun lagi bersama,.lepas tu masing-masing akan membawa haluan masing-masing..sob3..walau apa pun diharapkan persahabatan ini akan kekal untuk selamanya..:)

P/S : Aku sayang kamu semua wahai sahabat.




The Most Place That I Wanna Go

Assalamualaikum w.b.t semua..tengok tajuk entry kali ni,.cewwah!!! speaking habes..habes bergegar botol budu kat rumah ni..kesah plak aku kan..haha

Malam ni tetiba rasa nak cerita pasal tempat yang nak sangat-sangat aku pergi jika diberi peluang dan diberi kesempatan..hmm pokoknya!!! adakah akan menjadi realiti..Kawan-kawan doakan aku..Inshaa Allah moga akan tercapai hasratku ni.




Tempat pertama yang aku nak sangat-sangat pergi ialah di Mekah..Ya, sememangnya aku sangat menunggu seruan daripadaNya untuk sampai disini..Doaku ialah semoga aku berpeluang untuk sampai disini.."Ya Allah,.semoga suatu hari nanti aku akan jadi tetamu Mu disini'..Amin


Tempat kedua yang nak sangat aku pergi ialah di Sepanyol kat Istana Alhambra ni..tengok daripada view gambar ni..cantik kot tempat dia..Istana ni terletak di Bukit La Sabica, Granada, Sepanyol..Ia sekaligus menjadi bukti sejarah kejayaan islam di Andalusia..tak tahu kenapa minat sangat dekat istana ni..ni sume effect dari novel la ni..ish2 !!!


Tempat ketiga yang nak sangat aku pergi ialah di Pulau-pulau..tempat dimana jauh dari kesibukan kota..tempat aku boleh tenangkan fikiran..Pulau yang paling aku nak pergi ialah Pulau Redang..dari cerita yang aku dengar Pulau Redang sangat cantik tempatnya,.dengan pasir yang putih di sepanjang pantai,..pergh!!! mestik cantik..hmm mybe boleh dijadikan tempat honeymoon aku nanti..wah! wah! wah!..gatal nak honeymoon bagai..belajar pon tak habes lagi..haha

P/S: Tak salah untuk nak ada impian..apa yang penting usaha untuk mencapai impian tersebut..:)



Salahkah aku???

Assalamualaikum w.b.t..hmm entry tak leh bla..saje je nak kasi gempak sikit..hmm aku tak tahu nak cerita kat sape,.jadi jalan penyelesaiannya ialah tulis kat blog..hehe

Hmm entah kenapa,.setiap kali aku on9 FB,dia mesti akan tegur aku..orang yang sama tegur tanpa jemu..aku nak layan dan tak nak layan serba salah..aku bimbang jika terus-terus membalas chat itu akan memberikannya harapan..harapan yang aku sebenarnya tak berapa pasti..aku tak nak dia mengharap pada aku,.aku tak minta pon untuk diminati..aku tak suka diminati sebab nanti segala pergerakan aku akan diperhatikan..aku tak suka dan tak berapa selesa..aku lebih suka kehidupan yang tenang dan normal tanpa sebarang hipokrit..tidak dilayan nanti dikatakan sombong,.kalau dilayan bimbang akan bagi harapan..entahlah,.aku pun kurang pasti dengan perasaan aku..huhu

P/S: Salahkah aku???

DOA


“Berdoa tu umpama mengetuk pintu..Bila mana kita harap pintu tu terbuka kita perlu terus mengetuk..Walaupun berkali-kali..Sebab satu saat pintu tu akan terbuka jua." …dan bila doa kita tu tidak termakbul, ketahuilah ada sebab Allah tidak izinkan permintaan kita. Sebab, Allah tidak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Aku diminati..haha


Perhh tajuk mengundang trefik yang tinggi i guess...hahaha. :P
Thanks to beloved readers who keep reading this blog till this day.
Tah pape blog nih.
*Kesah pulak aku... ;p


Ok berbalik pada entry aku yang tak berapa nak hot kat atas tu..nak ceritakan tentang satu malam ni tengah-tengah duk khusyuk on9 tetiba naik chat dari kak senior maktab aku..yang aku terkejut sebelum ni mana pernah duk chat bagai denga dia..ok layan

Kak Senior : La!! (wah, wah panggil la macam dah lame giler kenal walhal panggilan 'La' ni untuk yang rapat-rapat je,.ok pedulikan layan!!..hehe)

Aku : Ye kak gapo?

Kak Senior : Kak nak tanya direct terus ni malah nak kias-kias,.La dah berpunya ke dop lagi?ado ore suruh tanya,.kawan Kak ni..bose duk suruh tanyo.

Aku : ( Dengan muka terkejut ) hmm sapo kak?,.ore kenal ko dio?

Kak Senior : La tak kenal dengan dio,.dio tengok kat FB sero kene ko La pah suruh Kak tanyo..dio mintak no tepon La ni..pah La gano?

Aku : hmm sejujurnya memang takdop sapo-sapo lagi loni kak,.tapi ore mace tak sey pikir lagi pasal ni..tak tahu la kak,.huhu

Kak Senior : Ooo..takpo,.atas La blako tu..Kak jadi ore tengoh jah..hehe

P/S : Untuk awak,.maaf buat masa sekarang saya tak boleh lagi nak terima siapa-siapa dalam hidup saya..saya tak kisah jika suati hari nanti jodoh saya dengan awak,.saya terima..tapi buat masa sekarang bagi saya ruang untuk menghabiskan sisa hidup saya dengan cara ini dahulu..:)

MY FRIEND IS MY LIFE

Entry Khas Untuk Kawan

Assalamualaikum semua terutama buat sahabatku Ckin..entry ni khas aku dedicated untukmu..dont wory kawan,blog aku ni takde orang view pom..kalu ada pom beberapa kerat je..hehe

Aku tahu kebelakangan ni emosi mu mesti tak berapa nak stabil kan,.i know!!..hehe..walau aku tak pernah rasa bagaimana perit dan sakitnya putus cinta,.tapi aku sangat memahami bilamana hati dan perasaan kita dimainkan..situasinya lebih kurang sama je..huhu..sungguh, bilamana melibatkan soal hati dan perasaan sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..berat mata aku yang memandang tapi berat lagi bahumu yang pikul..bersabarlah wahai kawan.

Sedih, marah, kecewa, benci perasaan ni akan datang bilamana hati kita dimainkan tapi nak sedih, nak marah, nak kecewa dan nak benci untuk apa???..adakah benda ni dapat menenangkan kita..jawapannya sudah pasti TIDAK..tidak perlu untuk membenci dia jika jalan itu yang dia pilih,.apa guna jika dia bersama kita tapi hatinya pada orang lain,.sakitkan bila tahu..jadi lebih baik lepaskan dia pergi..Cinta makin dikejar makin lari,.umpama rama-rama, makin dikejar makin lari,tapi bila kita tak kejar lama-lama puas terbang nanti akan berhenti juga..jadi buat masa sekarang cukuplah kejar cinta manusia tapi kejarlah cinta Ilahi,.nanti dengan sendiri cinta yang ikhlas dan suci akan datang dengan sendiri.. berdoalah agar dia sentiasa bahagia dengan apa yang dipilihnya..sebab kita kena ingat kita boleh sayang orang tapi kita tak boleh nak paksa orang untuk sayang kita..ni prinsip yang aku pegang..hehe

Pokoknya, berbalik pada lumrah kehidupan,.kita kena yakin bahawa kita masih ada Allah..Dia yang maha agung..mungkin sebab dan musabab terjadi semua ni kerana Dia nak kita kembali mencintaiNYA terlebih dahulu..jangan tinggalkan Allah..Dia sentiasa melihat,mendengar setiap rintihan doa, Dia faham penderitaan kita, sebab Dialah sehebat-hebat cinta..Sesungguhnya manusia sering mempertikaikan tentang sesuatu yang menjadi keinginannya dan merungut setiap kali tidak perolehinya..Allah tekankan dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,.boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buru bagimu..ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..mungkin apa yang kamu kejar sebelum ni bukanlah yang terbaik untukmu tetapi hargailah apa yang dia beri padamu sekarang.

Kin,.jangan sedih-sedih..yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya..aku cadangkan untuk nak dapatkan ketenangan diri lepas sembahnyang baca Yassin,lepas tu zikir,.terapi yang sangat baik,.pastu dengarlah ceramah-ceramah motivasi sekurang-kurangnya membuka minda kita,.aku suggest dengarlah ceramah Prof Muhaya..seriusly sedap dan sangat-sangat membina bagi aku la..hehe
baca-baca buku ilmiah,.pastu hang out dengan kengkawan..don let yourself feel lonely ok..dan yang paling penting aku sentiasa ada untukmu..nanti mu balik kampung kita story mory lagi ok..Chill..salam..:)

P/S : Bercintalah dengan Allah kelak diri takkan dikecewakan..:)


Adik

Mak dan Adik
love both of you


Ni adalah adik aku yang kedua bongsu..baru je lepas SPM dan alhamdulillah dia ni boleh dikatakan dapat result yang agak gempak juga la..dia dapat tawaran upu dekat UIA dalam asasi sains kesihatan bersekutu tapi dia tak berminat dengan kos yang ditawarkan tu dan last skali Matrik jadi pilihan hatinya..jadi kami pon pergi la anta dia p matrik..dia dapat matrik Penang.

Beberapa hari lepas dia ada col

Adik: Assalamualaikum kak,stress la duk sini, blaja rushing giler!!!

Aku : Ala stended la,.belaja kat mana-mana pom same jep..(saje nak sedapkan hati dia, padahal memang betol pon stadi kat Matrik agak rushing jugak la)

Adik : Fizik aku takleh gi la kak,susah, nyesal plak ambik kos yang ada fizik dah la dapat lecterur yang tahun depan nak pencen pastu cakap plak perlahan.

Aku : Laa,.dah set dalam minda kata fizik tu susah,.memang akan jadi susah la..cuba set awal-awal kata fizik senang, belajar kat Matrik senang, aku janji nak capai pointer 4.0 untuk mak dan ayah aku..haa!!! kang lagi bagus buat macam tu,.dari duk merungut tak tentu pasal..soal lecterur tu xpe,.jangan kata dapat lecterur macam tu akan jadi penghalang untuk kita takleh nak scor kan,.cuba selami jiwa dia..mesti boleh punyer..cube jadi seorang yang redha dengan apa yang kita dapat.

Adik : Hmm!!! ye la..I will try..ok Assalamualaikum.

Aku : Ok gud,.jangan duk fikir sangat,.fikir negatif memang hasil dia pon negatif la,.cube fikir positif..waalaikummussalam.

Selang beberapa hari,.aku dapat mesej dari dia

Adik : Salam, kak i just want to share my happines, Alhamdulillah tadi aku dapat lecterur yang lawok giler aja fizik macam cikgu mariam,.at least terubat sikit.

Aku : Salam..Alhamdulillah,.see nampak tak yang Allah tu adil dengan hambanya..ubatnya bila kita redha Allah akan bagi yang lebih baik lagi..Dia tarik benda ni tapi dia bagi benda tu..:)

Alahai adikku,.baru seminggu duk sana macam-macam dah jadi..haha,btw go on adikku..i know you can..:) 

P/S: Fikir baik dan buat baik