Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi semua..awal-awal pagi lagi dah bangun pesan kat mak tak payah masak untuk breakfast pagi ni sebab anakanda ini mahu bikin breakfast hari ni..mak dengan berbesar hatinya memberi tugasan itu untuk aku..Tengok kat dapur ada lagi spagheti dan sos cendawan kimball jadi tanpa berlengah buat je spagheti.
Tara!!!!!!! siap
spagheti menjadi santapan breakfast keluargaku hari ni..asalnya atas permintaan adik,.dia yang nak makan sangat,.alang-alang dah buat jadi baik buat banyak biar semua orang boleh makan..gitu!!..hehe
nasib baik semua boleh makan spagheti yang aku buat ni,.al-maklumlah ni makanan omputih,.risau jugak takut makanan ni tak boleh diterima oleh mereka..tapi alhamdulillah semua orang boleh makan sampaikan nenek aku pun kata sedap..(dah kembang kuncup dek kena puji oleh nenek aku..acecece)..hehe
Senang je nak masak spagheti ni,.rebus spagheti yang dalam plastik tu,.lepas tu toskan..sambil-samil tu buat sos dia..aku guna sos cendawan kimball yang dah siap tu je..cuma tambah bawang, ayam kisar, cendawan, gula, garam dan sedikit lada sula,.opps!! lupa aku tambah la jugak sos cili dan tomato nak kasi kuah tu banyak dan pekat sikit..spagheti ni lagi pekat sos lagi sedap tau..tapu kalau kamu rasa nak tambah apa-apa yang kamu suka,,terpulang..campak je..gerenti sedap.
P/S : Saya suka masak
No comments:
Post a Comment