Tumpat mari

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua..berbalik pada entry blog,.haa!!! siapa kata Tumpat tak ada tempat menarik untuk dilawati?..banyak kot tempat-tempat menarik yang ada dekat Tumpat yang boleh kita pergi untuk ambil angin ke, jalan-jalan ke, atau buat lawatan sambil belajar..aku bertuah kerana mempunyai beberapa kenalan yang berasal dari Tumpat..dialah yang telah membawa aku dan beberapa kenalan ronda-ronda di sekitar Tumpat ini..

Antara tempat yang boleh kita pergi ialah

Pada permulaan kami pergi ke Pengkalan Kubur,.tempat ni femes giler kot!! 
terutamanya dalam kalangan mak-mak,.
selalu mak-mak datang sini nak beli periuk belanga, tikar dan sebagainya.

Haa!! ni tempat yang aku suka..kat sini banyak jual beg-beg terkini 
dengan harga yang murah

dan disini jugak ada jual pelbagai jenis cokelat 
sama macam Langkawi..yummy!

Dan jangan risau,.kerana berdekatan dengan pengkalan kubur ni ada je masjid yang boleh kita singgah untuk sembahyang dan di masjid ini jugak ada tandas..jadi kat sini kita boleh terus langsaikan apa yang patut..hehe

I love this part iaitu makan..hehe..ni adalah mee chambol..mee chambol ni berasal dari siam..rasanya lebih kurang macam bihun sup tapi mee chambol dekat sini lebih Urmm!!! Orang kata..kat sini jugak ada pattai..haa betol lah kot ejaannya

Kemudian kami naik ni dekat Pantai Sri 7..ni adalah Paddle Boat..first time kot!
 aku naik ni..tambang untuk naik ni murah je iaitu RM5.OO untuk seorang.,murahkan!


Haa ni pulak dekat tokong tu..takut jugak nak masuk pada mulanya sebab orang kata kalau masuk ni bimbang takut akan dikacau,.tapi kawan kata itu semua khurafat,.masuk untuk niat nak melawat takpe..dan semamangnya lepas balik dari tempat ni,.alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku..betullah kata kawan..:)

P/S : jadi apa tunggu lagi,.jom melawat Tumpat..siapa kata Tumpat Takde tempat menarik untuk dilawati?



Azzlee Khairi VS Remy Ishak

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam,.sedang khusyuk tengok tv,.al-maklumlah Remy Ishak berlakon..hehe..tiba-tiba mak tegur

Mak      : Ai!! Akak ni,.asal tengok Remy Ishak mesti suka,sengih-sengih sorang..asal tengok je mesti buat muka macam tu.
Aku       : Biarlah,.Alang minat dia..dia hensem,.hehe
Mak      : Alah! Hensem apa,.hensem lagi hero mak
Aku       : Hah! Hero mak,.siapa?

Tetiba adik menyampuk

Adik     : Siapa lagi Lang kalau bukan Mr Arrogant dia tu.
Aku      : Alah! Si Arrogant tu..hmm tak minat lah..minat lagi Remy Ishak
Mak      : Hero mak lagi hensem la kak
Aku      : Hmm ye lah mak..malah nak bertekak..haha

P/S..Lain orang lain citarasa kan..:)


Hobi baru mak

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua

Hmm ni adalah hobi baru mak 

hobi baru mak ialah tanam pokok bunga,.kata mak “ tanam bunga banyak-banyak nampak la rumah tu ada seri dan cantik sikit..macam orang, kalau di make upkan sikit terserlah lah cantiknya,.jangan kita je nak melawa rumah pun nak melawa jugak..haa kan dah keno!! hehe


Yup, aku percaya..rumah pabila dihiasi dengan pokok-pokok bunga makin berseri

Setiap pagi dan petang mak telah menugaskan aku untuk siram semua pokok-pokok bunga dia ni..tak boleh miss kecuali kalau hari hujan..penah satu malam dalam pukul 10 macam tu la,.mak panggil aku suruh teman dia siram pokok bunganya sebab petang hari tu tak sempat nak siram..alahai!!! mak pon,.sayang sangat kat bunga-bunga dia..hmm terima je la

and yet i love the flower..:)



Satu petang

Assalamualaikum w.b.t  dan selamat malam semua,.wink2 cuti ada lagi..duduk rumah is Osem!!!..makan tido,makan tido je keje.

Kata mak : Akak ni asyik-asyik makan je keje nya..cuba control sikit makan tu,.jaga badan sikit
Kata adik : Ntah alang ni,.asyik makan je..makan,makan,makan,nati gemuk baru tahu
Kata ayah : Alah!!! makan je kak selagi boleh makan,.masa Allah bagi selera makan ni makan je apa yang ada..tak payah fikir la orang nak kata apa


P/S : Hahaha Ayah I like You

Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..boring tak tahu nak buat apa on9 facebook jap..duk ralit berFB tiba-tiba naik news feed tentang Ahmad Ammar..boleh dikatakan setiap news feed FB aku adalah tentang Ahmad Ammar..hati ini dengan begitu kuat ingin mengetahui tentang dirinya.

Ada seorang kawan share video tentang beliau..aku lihat bagaimana kematian beliau sangat disanjungi oleh masyarakat diluar sana walhal beliau baru berusia 20tahun..kematian beliau sangat dirasai..dan ada kawan share gambar kematian beliau di wall fb aku lihat jasadnya begitu tenang..mengapakah boleh jadi sedemikian rupa??..aku terus mencari maklumat tentang Ahmad Ammar.

Ini yang aku dapat berdasarkan maklumat yang aku cari.. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam


Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين 

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ

Subhanallah selepas mendapat maklumat tentang beliau dengan terus mata ini mengalirkan air mata..tidak semena-mena air mata aku keluar..betapa dalam usia yang muda beliau banyak memperjuangkan tentang syiar islam..banyak memberi pertolongan dalam membantu saudara seislam kita yang ditindas terutama di bumi Sham, Syria..sehinggakan ada mesej yang dipaparkan di wall Fb beliau menunjukkan beliau mahu SYAHID di bumi sham..Subhanallah, betapa dalam usia yang begitu muda dengan jelas beliau begitu tegar menegakkan syiar islam..sedangkan aku masih lagi terkapai-kapai dalam gelombang entah apa-apa..terasa diri ini begitu kerdil,.terasa diri ini begitu hina..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..amin2

NANGES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Suatu malam

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..tiba-tiba teringat perbualan dengan seorang rakan pada suatu malam itu.

Kawan        : aku tak tahu la,.kenapa dia pilih aku
Aku            : kenapa pulak?
Kawan        : ye lah,.aku ni kan tak cantik,.tak lawa,.tak pandai macam ex-girlfriend dia yang dulu tapi kenapa dia pilih aku erh
Aku            : A’a la kan,.tu la..aku pun pelik kenapa dia pilih kau erh..kau tak de pun ciri-ciri macam ex-girlfriend dia..(sambil2 gelak)..haha
Sikawan tengok kat aku sambil buat muka..mungkin tak sangka jawapan ni yang akan muncul dari mulut aku..(sebagai kawan memang kejam la ayat ni)..haha
Aku           : haha..sabar la,.aku gurau je la..dah tu kau beria-ia cakap macam tu,.aku ia kan lah..haha

            Kawan,.usah difikirkan soal pemilihan itu,.mengapa dia pilih aku?layak ke aku dengan dia? Dan bla!bla!bla!..dah tutup cerita..tu semua soalan yang akan melemahkan seseorang..orang bijak tak akan mudah melatah malah dia kena lebih menghargai.

            Sayangku, lain orang lain citarasanya,lain badan lain pemikirannya..tak sama..kalaulah mereka mempunyai citarasa dan pemikiran yang sama memang dunia tak akan jadi maju dan kreatif..bayangkanlah kalau setiap orang mempunyai citarasa yang sama..haru biru la dunia kerana masing-masing berkehendakkan benda yang sama..dan kesihan la pada yang lain tak ada orang nak pilih..jadi sebab itulah manusia ni dilahirkan berbeza-beza pilihan, pendapat,.citarasa dan etc.


Aikrim Oreo homemade

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..pagi tadi tak tahu nak buat apa..tetiba je mari idea nak buat aiskrim buatan sendiri,.aku ni boleh dikira sebagai salah seorang pengemar aiskrim juga la.. mari idea dalam kepala nak buat Aiskrim Oreo memandangkan semua bahan-bahan tu ada kat rumah..nak buat aiskrim ni tersangatlah senang dan sangat sedap..rugi kalau tak cuba..nak tahu cara buat macam mana,.meh! sini hari ni aku nak kongsi resepi.

Bahan-bahan
- setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair(ducthlady kotak pon boleh..ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal)* (dapatkan di KEDAI KEK)
- sedikit esen vanilla
- blendkan sampai gebu.

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) MAKAN !!!!!!! sampai menjilat sudu~!!!

Tara!!!!!!!! Ni adalah antara bahan-bahan
 yang diperlukan
 dan gambar yang last tu yang dah 
keluarkan dari freezer..sedap!!!!



Ayah is my Superhero

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang semua..berbalik pada entry..nak ceritakan kejadian semalam dan pagi tadi yang jadi kat aku..semalam awal lagi masuk bilik dengan harapan nak tengok moviee yang baru ambil dengan sorang kawan ni..alasan nya ambil cerita tu nak buat stock dalam cuti..konon nye la..hehe

Malam ni cerita A Werewolf Boy jadi pilihan..nampak macam seram jep,.tapi layan jep..tengah-tengah duk layan tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Zhup.....laptop aku jadi hitam..tak keluar bunyi mahupun cerita yang aku duk tengok tu..keluar dari bilik, rupa-rupanya mak aku pi tutup suis kat luar..,mak cakap maaf sebab mak tak tahu..hmm, aku pun nak kata apa kan,.ye lah bukannya mak tahu aku kat dalam bilik tengah on laptop.

Sambung balik bukak suis tu,.tapi yang hairan laptop tetap hitam dan tak jadi..langsung tak boleh nak on..tekan power on pun tak keluar pape..dalam hati, tak pe..tido la dulu..mungkin esok jadi la kot..zzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!

Awal pagi bangun, pi terus cek laptop dengan hati yang berdebar-debar tengok2 laptop sama macam semalam..langsung tak boleh nak on..ok! tiba-tiba rasa nak nanges,.masa tu dalam kepala dah pikir..(Oh!! Elaun,nampaknya riwayat kau habis untuk aku guna baiki laptop la jawabnya)..encik elaun baru je masuk semalam..dalam hati terus istighfar untuk sabarkan hati,mungkin musibah ni nak hapus dosa aku kot,.terus pikir mungkin aku kurang bersedekah sampaikan bila encik elaun masuk je terus DIA bagi musibah sebegini,.pastu macam-macam duk pikir..haish!!!

Lepas tu ayah tengok dan mai kat aku,.tanya kenapa,.aku pon cerita la serba sedikit..dengan pantas ayah ambik charger laptop bawak pi dapur dan tukar apa ntah dan tak sampai 5 minit,.ayah suruh pasang charger dan on laptop..dengan berdebar-debar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.......akhirnya,.laptop boleh on balik dan seperti sedia kala,.Alhamdulillah..rasa nak peluk-peluk je ayah masa tu..hehe..ayah kata, kalau laptop ditutup mengejut macam tu kemungkinan fius nya terbakar.


P/S : Terima kasih ayah,.You Are My Superhero..(^_^)


Breakfast

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi semua..awal-awal pagi lagi dah bangun pesan kat mak tak payah masak untuk breakfast pagi ni sebab anakanda ini mahu bikin breakfast hari ni..mak dengan berbesar hatinya memberi tugasan itu untuk aku..Tengok kat dapur ada lagi spagheti dan sos cendawan kimball jadi tanpa berlengah buat je spagheti.

Tara!!!!!!! siap

spagheti menjadi santapan breakfast keluargaku hari ni..asalnya atas permintaan adik,.dia yang nak makan sangat,.alang-alang dah buat jadi baik buat banyak biar semua orang boleh makan..gitu!!..hehe
nasib baik semua boleh makan spagheti yang aku buat ni,.al-maklumlah ni makanan omputih,.risau jugak takut makanan ni tak boleh diterima oleh mereka..tapi alhamdulillah semua orang boleh makan sampaikan nenek aku pun kata sedap..(dah kembang kuncup dek kena puji oleh nenek aku..acecece)..hehe

Senang je nak masak spagheti ni,.rebus spagheti yang dalam plastik tu,.lepas tu toskan..sambil-samil tu buat sos dia..aku guna sos cendawan kimball yang dah siap tu je..cuma tambah bawang, ayam kisar, cendawan, gula, garam dan sedikit lada sula,.opps!! lupa aku tambah la jugak sos cili dan tomato nak kasi kuah tu banyak dan pekat sikit..spagheti ni lagi pekat sos lagi sedap tau..tapu kalau kamu rasa nak tambah apa-apa yang kamu suka,,terpulang..campak je..gerenti sedap.
P/S : Saya suka masak

Beg Pikul

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi..alang-alang dah buat entry pasal melancong,.hari ni nak ceritakan sikit tentang geng-geng kaki melancong aku kat maktab..Geng ini kami namakanBEG PIKUL’ asalnya diambil dari 'begpackars' sebenarnya..keahliaannya semakin bertambah untuk setiap trip yang kami pergi..Pengasas group ini adalah Nur Zatilini Mohd Jaafar dan Setiausahanya pula ialah Nur Farhana Mohamad manakala aku pula sebagai AJK pengangkutan dan makana..hehe..setiap program dirancang dari awal dan disertakan dengan tentatif program lagi..kelas kan!! Haha.. Moto gruop ini ialah “MUDOH BASO SENE KIRO”.. Siapa-siapa nak join ikut je..group kami ini bersifat terbuka.


Antara tempat yang telah kami pergi ialah


Kuala Lipis, Pahang..masa ni sambil-sambil pergi 
kenduri pertunangan kak Madihah


Gambar ni ialah sewaktu kami di Cameron Highland

Ladang teh kami datang


Di muzium Terengganu

Di Taman Tamadun Islam (TTI)

Ber'Padle Boat kat pantai Sri Tujuh

Makan Maggi ketam 

Dan banyak lagi tempat yang telah kami pergi..best!!! menghabiskan masa dengan kawan-kawan sebarang masalah kami akan atasi bersama..jadi apa tunggu lagi,jom! join kami..cewwah! promote..hehe

P/S : The best moment in my life is having a great time with my friends..:)






Aku dah semakin berusia

Assalamualaikum w.b.t,.rupanya dah hampir seminggu tarikh hari ulang tahun kelahiranku..ini bermakna dah seminggu aku melangkah ke umur 2+ (tak nak bagitahu,.cari sendiri..hehe) dah tua rupenya aku ni..Yeah!! I’m big girl now..Mak!! nak kawen..tetiba..boleh kena lempang dengan mak..hehe..eh tak de lah,.mak ok jep.


Seminggu yang lepas ada berbual dengan seorang kawan sambil-sambil stadi (lah sangat)

Kawan  : Esok burfday mesti ada tunggu sape2 wish kan?
Aku      : Hah! Maksudnya.
Kawan  : Someone special,.i guess!
Aku      : Hmm, kalau tahun-tahun lepas ada lah kot tunggu..hehe..tapi sekarang tak lagi sebab aku tahu dan sedar siapa aku disisi dia sekarang..Tak perlu memberi pengharapan dan aku lebih selesa begini.
Kawan  : bagus! Hmm nak tahu dalam surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman yang membawa maksud  Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Maksudnya, jika kita menjaga adab dan segala larangan-NYA ini bermakna kita dah meolong Allah untuk menegakkan keimanan..dan percayalah bahawa jika kita menjaga segala batas-batasnya maka Allah juga akan menolong dan malah akan mengukuhkan lagi kedudukan kita disisi-NYA..kata kawan lagi ada sebab mengapa Allah bagi ujian ini kat kita..jangan mengeluh dan sentiasa ingat DIA.
Aku : Subhanallah,.ok nanges.

Terima kasih kawan atas ingatan ini,.sungguh biarpun nampak kecil tapi impak besar pada diri aku..dan yang paling sweet dia tulis ni untuk aku..hee!! buat muka bahagia..hehe




P/S : A million thanks to you Nur Zatilini Mohd Jaafar sebab selalu bagi nasihat, selalu marah aku kalau buat salah, selalu tegur aku dengan ayat-ayat sentap,.hehe..selalu ingatkan aku tetang solat berjemaah, selalu jadi imam aku masa sembahyang,.selalu doa untuk aku,.selalu ada masa aku memerlukan!!..you are the part of my life..tiada apa-apa yang dapat aku berikan hanya doa yang mampu titipkan untuk,.moga dirimu sentiasa berada dalam keberkatan-NYA..amin.

Cuti pun bermula

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua..cuti sekolah dah bermula,.yeay!!! ini bermakna aku bebas tanpa esaimen,RPH, exam dan yang sama waktu dengannya untuk seketika..cuti memang sentiasa dinantikan oleh semua pelajar aku kira dan termasuklah aku..hehe

            Dah 5 hari duduk dirumah..Heaven!!!..dan selama tempoh ini banyak menda yang telah aku selesaikan termasuklah menghadiri perkahwinan kawan, teman kawan beli barang tunang yang tak lama lagi akan berlangsung, tolong mak tanam bunga, kemas rumah dan bla,bla,bla..Tanya seorang kawan “Tak penat ke buat kerja-kerja tu semua” dan dengan tenang aku jawab “TAK!!! Malah dengan buat kerja-kerja ni buat aku lebih rasa bahagia dan gembira sebab aku dapat bahagiakan orang yang aku sayang.

Terdengar perbualan kawan-kawan banyak duk plan nak gi situ sini cuti ni,.paling tepat ialah melancong..Yeah! aku suka melancong..I love to travel..memang tak dinafikan..hehe..melancong banyak memberi aku pengalaman..bak kata pepatah melayu “Jauh perjalanan luas permandangan”..(ok! dah start dah pepatah bagai mentang-mentang la belajar semantik..acecece)..Aku suka memerhati gelagat-gelagat manusia sepanjang perjalanan dan yang paling penting aku melancong untuk melihat keindahan alam ciptaan-NYA..melihat keadaan diluar sana banyak memberi aku tentang erti kebesaran ciptaan-NYA..Subhanallah.

Namun, untuk cuti kali ini aku lebih memilih untuk menghabiskan sisa-sisa cuti dirumah,.berbakti kepada kedua mak dan ayah aku..tolong ringankan beban-beban kerja rumah..aku lebih memilih untuk membahagiakan mereka,.biarlah mereka berehat sepanjang aku berada dirumah.

P/S: Hatiku bahagia bila melihat mereka bahagia..:)

Excited nak berblog

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..mood hari ni semangat nak update blog..blogku dah bertukar wajah..credit to you wahai Cik Puan Sri Siti Fatimah kerana telah menukar blogku jadi sebegitu cantik begini..nak harapkan aku nak ubah bagai jadi camni memang tak kan jadi la kan..hehe

Sekali lagi terima kasih ti,nati aku belanja mu air masak kat nasik bajet k..jgn lupa tuntut dengan aku nanti..:)

P/S : Hidup ini indah disamping kawan-kawan yang memahami..:)