Tetiba tukar profesian

Salam semua,.hari ni pagi-pagi lagi bangun, makan-makan,kemas rumah, pastu teman mak dan mak sedara aku pi klinik..diaorang nak pi wat medical chek up,.kate mareka dah lame tak chek..kot2 ade sebarang penyakit yang tak diingini..aku yang dah sememangnya takde kerja nak buat, senang hati nak pi teman diaorang a.k.a jadi driver diaorang hari ni..hehe

Sampai-sampai je kat Klinik,.tengok2 parking punyer lah penuh..orang punyer lah ramai..dalam hati tiba-tiba terdetik,( hai!!! terpaksa la menunggu lama..nasib baik bawak buku untuk nak dibaca)..hehe..masuk dalam klinik pastu mak dan mak sedara pi dekat kaunter pendaftaran ambil nombor..dan aku plak terus duduk atas kerusi sambil baca buku..orang makin lama makin ramai..tunggu punyer tunggu last-last seorang nurse tanye kat aku.."Adik ade keje tak?"..dan aku dengan muka tergamam terus jawab,."takde kerja, datang sini teman mak jep..pastu die pon terus mintak tolong aku isikan borang-borang pesakit yang datang pada hari tu..sebab hari ni terlalu ramai orang katenye..dan die sangat berbesar hati jika ade orang yang nak tolong..dan aku tanpa banyak kata terus bersetuju..bila lagi nak buat amal kan..alang-alang tu boleh la juga menyelami kerja sebagai seorang nurse ni..hehe

Aku telah mendapat satu meja khas sebagai tempat untuk aku mengisi borang-borang pesakit..satu penghormatan yang besar bagi aku..duduk je disitu ibarat seperti kaunter pertanyaan,.semua orang yang datang terus pi kat meja aku dan bertanyakan pelbagai soalan..ade yang nak periksa darah, ade yang nak periksa kolestrol..dan tetiba aku rase macam dah tukar profesian daripada seorang bakal guru kepada seorang nurse..haha

Mak dan mak sedara gelakkan aku dari jauh..geli hati barangkali melihat situasi aku pada ketika aku..dan aku plak tetiba senyum sorang-sorang..haha..tapi best jugak kot jadi nurse ni..hmm!!!!..last-last bila keadaan dah reda,orang pom dah kurang,.nurse yang meminta bantuan aku tadi dengan senang hati buat medical chek up kat aku..dan alhamdulillah kesihatan aku buat masa sekarang berada dalam keadaan baik..Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku kesihatan yang baik..sihat adalah salah satu daripada nikmat hidup yang Allah bagi..Terima kasih sekali lagi Ya Allah..:)

Membayangkan diriku pabila menjadi nurse..haha

P/S: Sihat adalah salah satu nikmat yang Allah bagi..jadi hargainya sebelum terlewat..:)



No comments:

Post a Comment