Assalamualaikum semua..pagi ni dalam kelas tiba-tiba dapat mesej dari seorang kawan yang bertanyakan pasal CINTA..jenuh aku nak menjawabnye..ye la,.mane tak nye aku ni bukannya pro sangat pasal ni..bercinta pon tak pernah..hehe..tapi aku cube jawab yang terbaik..:)
“Sahabatku sayang, suka itu perkara biasa. Fitrah. Tapi, kalau suka itu dah bertukar kepada sebuah rasa yang dikata cinta dan sayang, itu agak kritikal untuk sekeping hati memikulnya. Ingat, kita kalau boleh dan memang nak pasangan yang satu seumur hidup. Tak nak kahwin-cerai kahwin-cerai. Pilih pasangan hidup ni memang kena banyak karenah sikit. Sebab, pasangan kita itulah yang akan menjadi imam kita. Pastikah kita bahawa dia boleh jadi imam dalam kehidupan kita? Memanglah tak salah kalau lelaki nak berubah dan istiqomah di jalan Allah berbimbingkan kita. Tapi, kalau boleh, kita nakkan yang terbaik. Bukan saja baik, tapi terbaik dan soleh agamanya. Lelaki sibuk suruh kita handal memasak, tapi, bolehkah dia jadi imam? ^^
Kahwin ni sebenarnya kita nak bina akhirat. Sebab tu, kena pilih betul-betul..Lelaki takpe, diorang masih boleh buat pilihan.. Ada baki lagi 3 (huhu)..Tapi perempuan, kalau boleh, nak sekali seumur hidup..Perempuan yang baik, membenarkan poligami..Tapi, lelaki yang baik, setia pada yang satu..So, kena berhati-hati dalam soal hati.. Dalam soal nak bina kehidupan.,Dalam soal nak bina akhirat..Bila dah kahwin, Syurga seorang isteri di bawah reda suaminya..Apapun, istikharahlah..Itu sebaiknya..Make sure kau kosongkan hati tu. Jangan buat pilihan. Jangan pilih siapa-siapa. All the best ye beb!”
P/S : Bercinta sampai syurga..:)
No comments:
Post a Comment