Salam semua..Aku rasa,.ramai orang dah kenal dengan Prof Muhaya ni kan? Ke ada yg tak kenal lagi? Meh la aku cite sikit pasal Prof ni secara ringkas je la..panjang giler kot biodata prof ni..Memang wow la tengok background akademik beliau..jawatan yg dipegang..penghargaan yg beliau dah terima dan penampilan beliau dalam TV..Sebab tu jugak la ramai dah kenal prof ni sebab selalu masuk keluar TV.. Prof Muhaya ni seorang pakar mata iaitu lasik dan juga merupakan seorang motivator.
K Kenapa aku bercerita tentang beliau malam ni..haa Al-kisahnya pukul 7.30 pm tadi ada satu program yang dikendalikan oleh beliau kat Oasis iaitu program Reset Minda ..wow!!! superb kot.. banyak ilmu pengetahuan yang aku dapat.. antara ayat Prof yang sentiasa aku pegang ialah " Jaga niat kita setiap hari.. Tentukan kerana Allah.. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah.. Alangkah sia-sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai di padang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah.. Walau kita berasa marah pun mesti kerana Allah.. Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya".
Lagi satu ayat beliau yang sentiasa aku pegang ialah "Mana yang kita nak,.penghargaan dari manusia atau Redha dari Allah".. dan kata Prof lagi,. "Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain"..untuk setiap perkara, aku akan selalu ingat ni.. terima kasih prof untuk kata-kata motivasi ni..:)
Kalaulah aku diberi peluang untuk berjumpa dengan beliau takkan sesekali aku melepaskan peluang itu.. buat Prof "saya sangat berharap bahawa satu hari nanti saya akan dapat berjumpa dengan Prof" .. Inshaa Allah..:)
P/S : Untuk apa-apa yang kita lakukan jaga niat dan setting kerana Allah..barulah hidup jadi bahagia,dan ingat orang yang bahagia akan dapat membahagiakan orang lain..Inshaa Allah.:)
No comments:
Post a Comment