Assalamualaikum semua terutama buat sahabatku Ckin..entry ni khas aku dedicated untukmu..dont wory kawan,blog aku ni takde orang view pom..kalu ada pom beberapa kerat je..hehe
Aku tahu kebelakangan ni emosi mu mesti tak berapa nak stabil kan,.i know!!..hehe..walau aku tak pernah rasa bagaimana perit dan sakitnya putus cinta,.tapi aku sangat memahami bilamana hati dan perasaan kita dimainkan..situasinya lebih kurang sama je..huhu..sungguh, bilamana melibatkan soal hati dan perasaan sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..berat mata aku yang memandang tapi berat lagi bahumu yang pikul..bersabarlah wahai kawan.
Sedih, marah, kecewa, benci perasaan ni akan datang bilamana hati kita dimainkan tapi nak sedih, nak marah, nak kecewa dan nak benci untuk apa???..adakah benda ni dapat menenangkan kita..jawapannya sudah pasti TIDAK..tidak perlu untuk membenci dia jika jalan itu yang dia pilih,.apa guna jika dia bersama kita tapi hatinya pada orang lain,.sakitkan bila tahu..jadi lebih baik lepaskan dia pergi..Cinta makin dikejar makin lari,.umpama rama-rama, makin dikejar makin lari,tapi bila kita tak kejar lama-lama puas terbang nanti akan berhenti juga..jadi buat masa sekarang cukuplah kejar cinta manusia tapi kejarlah cinta Ilahi,.nanti dengan sendiri cinta yang ikhlas dan suci akan datang dengan sendiri.. berdoalah agar dia sentiasa bahagia dengan apa yang dipilihnya..sebab kita kena ingat kita boleh sayang orang tapi kita tak boleh nak paksa orang untuk sayang kita..ni prinsip yang aku pegang..hehe
Pokoknya, berbalik pada lumrah kehidupan,.kita kena yakin bahawa kita masih ada Allah..Dia yang maha agung..mungkin sebab dan musabab terjadi semua ni kerana Dia nak kita kembali mencintaiNYA terlebih dahulu..jangan tinggalkan Allah..Dia sentiasa melihat,mendengar setiap rintihan doa, Dia faham penderitaan kita, sebab Dialah sehebat-hebat cinta..Sesungguhnya manusia sering mempertikaikan tentang sesuatu yang menjadi keinginannya dan merungut setiap kali tidak perolehinya..Allah tekankan dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,.boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buru bagimu..ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..mungkin apa yang kamu kejar sebelum ni bukanlah yang terbaik untukmu tetapi hargailah apa yang dia beri padamu sekarang.
Kin,.jangan sedih-sedih..yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya..aku cadangkan untuk nak dapatkan ketenangan diri lepas sembahnyang baca Yassin,lepas tu zikir,.terapi yang sangat baik,.pastu dengarlah ceramah-ceramah motivasi sekurang-kurangnya membuka minda kita,.aku suggest dengarlah ceramah Prof Muhaya..seriusly sedap dan sangat-sangat membina bagi aku la..hehe
baca-baca buku ilmiah,.pastu hang out dengan kengkawan..don let yourself feel lonely ok..dan yang paling penting aku sentiasa ada untukmu..nanti mu balik kampung kita story mory lagi ok..Chill..salam..:)
P/S : Bercintalah dengan Allah kelak diri takkan dikecewakan..:)
No comments:
Post a Comment