The Most Place That I Wanna Go

Assalamualaikum w.b.t semua..tengok tajuk entry kali ni,.cewwah!!! speaking habes..habes bergegar botol budu kat rumah ni..kesah plak aku kan..haha

Malam ni tetiba rasa nak cerita pasal tempat yang nak sangat-sangat aku pergi jika diberi peluang dan diberi kesempatan..hmm pokoknya!!! adakah akan menjadi realiti..Kawan-kawan doakan aku..Inshaa Allah moga akan tercapai hasratku ni.




Tempat pertama yang aku nak sangat-sangat pergi ialah di Mekah..Ya, sememangnya aku sangat menunggu seruan daripadaNya untuk sampai disini..Doaku ialah semoga aku berpeluang untuk sampai disini.."Ya Allah,.semoga suatu hari nanti aku akan jadi tetamu Mu disini'..Amin


Tempat kedua yang nak sangat aku pergi ialah di Sepanyol kat Istana Alhambra ni..tengok daripada view gambar ni..cantik kot tempat dia..Istana ni terletak di Bukit La Sabica, Granada, Sepanyol..Ia sekaligus menjadi bukti sejarah kejayaan islam di Andalusia..tak tahu kenapa minat sangat dekat istana ni..ni sume effect dari novel la ni..ish2 !!!


Tempat ketiga yang nak sangat aku pergi ialah di Pulau-pulau..tempat dimana jauh dari kesibukan kota..tempat aku boleh tenangkan fikiran..Pulau yang paling aku nak pergi ialah Pulau Redang..dari cerita yang aku dengar Pulau Redang sangat cantik tempatnya,.dengan pasir yang putih di sepanjang pantai,..pergh!!! mestik cantik..hmm mybe boleh dijadikan tempat honeymoon aku nanti..wah! wah! wah!..gatal nak honeymoon bagai..belajar pon tak habes lagi..haha

P/S: Tak salah untuk nak ada impian..apa yang penting usaha untuk mencapai impian tersebut..:)



Salahkah aku???

Assalamualaikum w.b.t..hmm entry tak leh bla..saje je nak kasi gempak sikit..hmm aku tak tahu nak cerita kat sape,.jadi jalan penyelesaiannya ialah tulis kat blog..hehe

Hmm entah kenapa,.setiap kali aku on9 FB,dia mesti akan tegur aku..orang yang sama tegur tanpa jemu..aku nak layan dan tak nak layan serba salah..aku bimbang jika terus-terus membalas chat itu akan memberikannya harapan..harapan yang aku sebenarnya tak berapa pasti..aku tak nak dia mengharap pada aku,.aku tak minta pon untuk diminati..aku tak suka diminati sebab nanti segala pergerakan aku akan diperhatikan..aku tak suka dan tak berapa selesa..aku lebih suka kehidupan yang tenang dan normal tanpa sebarang hipokrit..tidak dilayan nanti dikatakan sombong,.kalau dilayan bimbang akan bagi harapan..entahlah,.aku pun kurang pasti dengan perasaan aku..huhu

P/S: Salahkah aku???

DOA


“Berdoa tu umpama mengetuk pintu..Bila mana kita harap pintu tu terbuka kita perlu terus mengetuk..Walaupun berkali-kali..Sebab satu saat pintu tu akan terbuka jua." …dan bila doa kita tu tidak termakbul, ketahuilah ada sebab Allah tidak izinkan permintaan kita. Sebab, Allah tidak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Aku diminati..haha


Perhh tajuk mengundang trefik yang tinggi i guess...hahaha. :P
Thanks to beloved readers who keep reading this blog till this day.
Tah pape blog nih.
*Kesah pulak aku... ;p


Ok berbalik pada entry aku yang tak berapa nak hot kat atas tu..nak ceritakan tentang satu malam ni tengah-tengah duk khusyuk on9 tetiba naik chat dari kak senior maktab aku..yang aku terkejut sebelum ni mana pernah duk chat bagai denga dia..ok layan

Kak Senior : La!! (wah, wah panggil la macam dah lame giler kenal walhal panggilan 'La' ni untuk yang rapat-rapat je,.ok pedulikan layan!!..hehe)

Aku : Ye kak gapo?

Kak Senior : Kak nak tanya direct terus ni malah nak kias-kias,.La dah berpunya ke dop lagi?ado ore suruh tanya,.kawan Kak ni..bose duk suruh tanyo.

Aku : ( Dengan muka terkejut ) hmm sapo kak?,.ore kenal ko dio?

Kak Senior : La tak kenal dengan dio,.dio tengok kat FB sero kene ko La pah suruh Kak tanyo..dio mintak no tepon La ni..pah La gano?

Aku : hmm sejujurnya memang takdop sapo-sapo lagi loni kak,.tapi ore mace tak sey pikir lagi pasal ni..tak tahu la kak,.huhu

Kak Senior : Ooo..takpo,.atas La blako tu..Kak jadi ore tengoh jah..hehe

P/S : Untuk awak,.maaf buat masa sekarang saya tak boleh lagi nak terima siapa-siapa dalam hidup saya..saya tak kisah jika suati hari nanti jodoh saya dengan awak,.saya terima..tapi buat masa sekarang bagi saya ruang untuk menghabiskan sisa hidup saya dengan cara ini dahulu..:)

MY FRIEND IS MY LIFE

Entry Khas Untuk Kawan

Assalamualaikum semua terutama buat sahabatku Ckin..entry ni khas aku dedicated untukmu..dont wory kawan,blog aku ni takde orang view pom..kalu ada pom beberapa kerat je..hehe

Aku tahu kebelakangan ni emosi mu mesti tak berapa nak stabil kan,.i know!!..hehe..walau aku tak pernah rasa bagaimana perit dan sakitnya putus cinta,.tapi aku sangat memahami bilamana hati dan perasaan kita dimainkan..situasinya lebih kurang sama je..huhu..sungguh, bilamana melibatkan soal hati dan perasaan sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..berat mata aku yang memandang tapi berat lagi bahumu yang pikul..bersabarlah wahai kawan.

Sedih, marah, kecewa, benci perasaan ni akan datang bilamana hati kita dimainkan tapi nak sedih, nak marah, nak kecewa dan nak benci untuk apa???..adakah benda ni dapat menenangkan kita..jawapannya sudah pasti TIDAK..tidak perlu untuk membenci dia jika jalan itu yang dia pilih,.apa guna jika dia bersama kita tapi hatinya pada orang lain,.sakitkan bila tahu..jadi lebih baik lepaskan dia pergi..Cinta makin dikejar makin lari,.umpama rama-rama, makin dikejar makin lari,tapi bila kita tak kejar lama-lama puas terbang nanti akan berhenti juga..jadi buat masa sekarang cukuplah kejar cinta manusia tapi kejarlah cinta Ilahi,.nanti dengan sendiri cinta yang ikhlas dan suci akan datang dengan sendiri.. berdoalah agar dia sentiasa bahagia dengan apa yang dipilihnya..sebab kita kena ingat kita boleh sayang orang tapi kita tak boleh nak paksa orang untuk sayang kita..ni prinsip yang aku pegang..hehe

Pokoknya, berbalik pada lumrah kehidupan,.kita kena yakin bahawa kita masih ada Allah..Dia yang maha agung..mungkin sebab dan musabab terjadi semua ni kerana Dia nak kita kembali mencintaiNYA terlebih dahulu..jangan tinggalkan Allah..Dia sentiasa melihat,mendengar setiap rintihan doa, Dia faham penderitaan kita, sebab Dialah sehebat-hebat cinta..Sesungguhnya manusia sering mempertikaikan tentang sesuatu yang menjadi keinginannya dan merungut setiap kali tidak perolehinya..Allah tekankan dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,.boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buru bagimu..ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..mungkin apa yang kamu kejar sebelum ni bukanlah yang terbaik untukmu tetapi hargailah apa yang dia beri padamu sekarang.

Kin,.jangan sedih-sedih..yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya..aku cadangkan untuk nak dapatkan ketenangan diri lepas sembahnyang baca Yassin,lepas tu zikir,.terapi yang sangat baik,.pastu dengarlah ceramah-ceramah motivasi sekurang-kurangnya membuka minda kita,.aku suggest dengarlah ceramah Prof Muhaya..seriusly sedap dan sangat-sangat membina bagi aku la..hehe
baca-baca buku ilmiah,.pastu hang out dengan kengkawan..don let yourself feel lonely ok..dan yang paling penting aku sentiasa ada untukmu..nanti mu balik kampung kita story mory lagi ok..Chill..salam..:)

P/S : Bercintalah dengan Allah kelak diri takkan dikecewakan..:)


Adik

Mak dan Adik
love both of you


Ni adalah adik aku yang kedua bongsu..baru je lepas SPM dan alhamdulillah dia ni boleh dikatakan dapat result yang agak gempak juga la..dia dapat tawaran upu dekat UIA dalam asasi sains kesihatan bersekutu tapi dia tak berminat dengan kos yang ditawarkan tu dan last skali Matrik jadi pilihan hatinya..jadi kami pon pergi la anta dia p matrik..dia dapat matrik Penang.

Beberapa hari lepas dia ada col

Adik: Assalamualaikum kak,stress la duk sini, blaja rushing giler!!!

Aku : Ala stended la,.belaja kat mana-mana pom same jep..(saje nak sedapkan hati dia, padahal memang betol pon stadi kat Matrik agak rushing jugak la)

Adik : Fizik aku takleh gi la kak,susah, nyesal plak ambik kos yang ada fizik dah la dapat lecterur yang tahun depan nak pencen pastu cakap plak perlahan.

Aku : Laa,.dah set dalam minda kata fizik tu susah,.memang akan jadi susah la..cuba set awal-awal kata fizik senang, belajar kat Matrik senang, aku janji nak capai pointer 4.0 untuk mak dan ayah aku..haa!!! kang lagi bagus buat macam tu,.dari duk merungut tak tentu pasal..soal lecterur tu xpe,.jangan kata dapat lecterur macam tu akan jadi penghalang untuk kita takleh nak scor kan,.cuba selami jiwa dia..mesti boleh punyer..cube jadi seorang yang redha dengan apa yang kita dapat.

Adik : Hmm!!! ye la..I will try..ok Assalamualaikum.

Aku : Ok gud,.jangan duk fikir sangat,.fikir negatif memang hasil dia pon negatif la,.cube fikir positif..waalaikummussalam.

Selang beberapa hari,.aku dapat mesej dari dia

Adik : Salam, kak i just want to share my happines, Alhamdulillah tadi aku dapat lecterur yang lawok giler aja fizik macam cikgu mariam,.at least terubat sikit.

Aku : Salam..Alhamdulillah,.see nampak tak yang Allah tu adil dengan hambanya..ubatnya bila kita redha Allah akan bagi yang lebih baik lagi..Dia tarik benda ni tapi dia bagi benda tu..:)

Alahai adikku,.baru seminggu duk sana macam-macam dah jadi..haha,btw go on adikku..i know you can..:) 

P/S: Fikir baik dan buat baik