Aku telah dirisik Hamboi! Tajuk entry tak leh bla,.boleh mengundang
trafik paling tinggi ni..hehe.. kesahnya begini sebelum hari rombongan merisik
datang sedara mak mencari jodoh untuk anak kawan dia..setakat tu je yang aku
dengar dari perbualan mak sebab lepas letak air,.aku terus ke dapur (x baik
anak dara dengar orang tua-tua berbual)..........................................ok
habes disini.
Lepas je sedara mak balik,.tiba-tiba mak cakap
yang esok ada orang datang nak tengok aku
Mak :
Kak, esok ada orang nak datang,.nak tengok kak
Aku :
Hah!! (dengan muka yang sangat terkejut) tengok untuk apa?
Mak : Ada orang ni nak cari bini,.Cik Lah yang
tolong rakemenkan ni..ni anak kawan Cik Lah.
Aku :
TAK NAK!!!..orang tak nak pikir lagi la pasal ni..lagi pun belajar pon tak abes
lagi,.banyak menda lagi yang nak buat.
Mak :
Alah! Dia datang nak tengok je,.bukan nak terus ke apa..datang saja-saja
Aku :
TAK NAK!!! Orang tak sedia lagi..biar je la dia tengok orang lain
Mak :
Sampai bila nak macam ni,.kalau kak dah ada yang berpunya sekarang mak tak
kisah tapi mak tengok macam takde je lagi,apa kata cuba dulu..lagi pon kak kan
dah masuk umur 24 dah,.tak kan tak nak pikir lagi hal ni.
Aku :
Orang ada je berkenan kat polan si polan ni, pandai-pandai je mak kata anak mak
tak de siapa-siapa (kata dalam hati je la)..hmm ok,tengok saja je..dan
sekiranya tak berkenan boleh tolak kan.
Mak :
Iye,.
Aku :
OK, tak pe
Dan hari kejadian
Pagi-pagi lagi mak dah bangun,sibuk duk buat
roti jala,kuih-muih,dessert..(dalam hati aku berkata) apasal mak beria-ia
sangat ni..dan aku yang terlibat ni ikut je rentak mak,.buat kuah kari untuk
roti jala,buat dessert..(btw, ramai orang kata kuah roti jala aku sedap..dang,.dang
je promote diri sendiri..hahaha)..ok berbalik pada tajuk entry..diarong kata
nak datang pukul 3 tapi tak jadi sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan,
dan tunda ke lepas asar..jadi sementara tunggu diaorang datang apa lagi
zzzzzzzzzz la dulu..(apa punyer anak dara)..penat kot seharian masak..hehe
Ok
tepat-tepat pukul 4.15 pm aku bangun dan bersiap ala kadar,.tak beria pun..dan
pukul 5.45 pm datang lah 3buah kereta..aku yang lihat dalam hati (fuh!! Kenapa banyak
sangat kereta ni)..ciap bawak kain dengan buah..sini dah pelik..tapi buat bodo
je,.keluar bilik,.salam dengan semua pastu pegi dapur angkat segala makanan
hidang kat luar kemudian duk balik dekat dapur..tetiba mak panggil aku keluar sebab
ada orang nak tengok.. keluarlah aku macam biasa,.duk pun bersimpuh( ayu
kot)..haha..semua mata memandang aku..debaran kian terasa,.sume menda rasa tak
kena..senyum pun terasa sumbing..(adoi hai baru mai tengok kot)..alih-alih
macam bermula satu majlis,.diaorang memperkenalkan lelaki di pahak mereka dan
memperkenalkan aku di pihak perempuan..pihak lelaki tanya beberapa soalan kat
aku,.kebanyakkannya berkisar tentang tempat belajar,.dan bila disuruh tanya
belah perempuan tanya soalan,.aku sedikit pom tak memandang muka dia..mula-mula
tengok rasa macam tak berkenan,.tak tahu kenapa..tapi aku just follow the flow..ok
lepas kata putus diberi mengatakan di belah pihak perempuan tak ada apa-apa nak
tanya,.mula lah pembacaan doa selamat..(lagi lah bertambah kepelikkan
aku),.await! aku rasa ni macam satu majlis je.
Terdetik dalam hati agak-agak laki ni perokok
tak,.sebab aku memang SANGAT TAK SUKA DENGAN LELAKI YANG HISAP ROKOK..AKU
TERSANGAT LAH ALAH DENGAN BAU ROKOK..pernah sampai aku muntah-muntah disebabkan
asap rokok..TERSANGAT FOBIA DENGAN PEROKOK..kawan-kawan aku dah tersedia
maklum..ok, bila rombongan datang turun nak balik je.. ALLAH punya kuasa dia
tunjuk depan-depan mata aku yang lelaki tu hisap rokok..ok terus out dalam list
Malam pun menjelma dan tiada sebarang pangilan
aku terima..alhamdulillah sangat-sangat bersyukur kerana pada firasat aku dia
tak suka aku..mana nak suka sebab aku pakai selekeh giler kot..haha..Namun,
Tup2,.pukul 10 lebih ada satu panggilan dari nombor yang aku tak kenal col
aku..nak angkat dengan tak sama banyak..last2 mak cakap angkat la..ok,.aku
angkat,.just berbual kosong..yang paling aku tak suka bila dia ajak
keluar,.baru kenal je kot..lagi pon aku mana biasa keluar dengan laki yang aku
tak kenal..aku menyifatkan dia tu aku tak kenal even kami baru je kenal..lagi
la aku tak suka..kata seorang kawan, kalau dia betul-betul ikhlas nak kat kita
dia tak kan buat macam ni,.sebaik mungkin dia akan hormat kita..dia akan jaga
maruah kita..(dan otak mula berfikir)..mulalah mencari pendapat dari
pakar-pakar yang bertauliah dalam hal ni.
Ni sahajalah cerita aku..apa yang dapat aku
simpulkan,.Alhamdulillan aku bersyukur sebab Allah dengar rintihan doa
aku,.Alhamdulillah Allah hantar orang untuk merisik aku..itu makna nya ALLAH
sayang aku dan ada orang nak kat aku..Namun, jauh di sudut hati kecil aku,.aku
tidak merasakan yang aku adalah calon yang sesuai dengan dia..aku mencari
seorang bakal imam yang boleh bimbing aku,yang boleh tolong sama-sama aku ke
Syurga..Inshaa Allah..bukan rupa dan harta yang aku cari,.dan ya dia memang
meiliki ni mungkin mana-mana perempuan lain tengok akan melting kot tengok dia
tapi bukan aku..dalam memilih calon suami agama yang sudah pasti aku akan
pandang..aku sangat mendambakan sebuah kehidupan yang akhirnya akan membawa
kepada keluarga sakinah,.salah ke kalau aku menolak,salah ke kalau aku tak
terima??
kata seorang kawan Ya!!! kau berhak memilih,.it’s
all about your future life..kalaulah mula-mula tengok tu tak sedap hati lepas tu
dah timbul perspeksi gini,.better tak yah teruskan..dan macam-macam nasihat aku
terima dari kawan-kawan..Alhamdulillah,.aku masih lagi punya kawan-kawan yang
ada masa aku dalam kesusahan..Alhamdulillah mereka bersedia mendengar dan
memberi pendapat yang mana pendapat mereka dapat meredakan hati aku..pesan adik,.I don’t want my future brother in law tu hisap rokok,.ok,mungkin boleh
berubah,tapi menda tu susah,.sebelum nak berubah tu banyak fasa yang perlu
dihadapi,kesabaran sangat tinggi dan kalau boleh berubah pom besar kemungkinan
akan buat balik,.lepas tu kawen,.Allah bagi rezeki anak,.duk nasihat kat anak
jgn hisap rokok tapi ayah sendiri hisap rokok..jangka masa panjang tu kena
pikir..dan xsalah kalu tolak..”ingat Lelaki baik untuk perempuan baik”..jadi
sekarang berusaha jadi yang terbaik.
Sungguh pening bila memikirkan hal ni,.barulah
aku tahu betapa susahnya untuk nak buat keputusan bila melibatkan hal
sebegini..aku redha dan aku pasrah,.ALLAH sangat nak menguji aku..Alhamdulillah
aku bersyukur sebab Allah masih lagi pandang dan sayang aku dengan memberi
ujian sebegini..Alhamdulillah aku redha YA ALLAH..:)
P/S : Ya Allah jika dia benar jodohku maka
permudahkanlah dan jika dia bukan untukku maka tunjukkanlah..amin2..:)
haha mmg entry yg cute n panjang!
ReplyDeleteluahan hati dan perasaan..haha
DeleteCute mcm awak la entry ni...TAK NAK!!! Orang tk bersedia lg...kekeke
ReplyDeleteHaha..tunggu masa awak plak ye
ReplyDeleteHahahaha...sape la nk risij sayo ni..kekeke
Delete