Kerabu Maggi Homemade

Assalamualikum wbt dan selamat petang.

Pertama kali rasa kerabu maggi yang dibeli oleh Cik Zatilini dekat Taman Perumahan Kurnia Jaya terus terpikat..mula-mula nak try macam nak dengan tak nak je..bila try sekali,.fuhh!!! terus terpikat..sehinggakan pergi mana-mana kalau nampak orang jual kerabu maggi terus beli..hehe

Tengah-tengah santai kat rumah tetiba mulut ni terasa nak makan kerabu maggi tapi kat sini jarang ada jual makanan ni..biasanya terkenal di negeri Kelantan..ok pergi dapur lepas tu tengok bahan-bahan macam agak mencukupi..maka jadilah ni !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kerabu Megi Dila..Ok! sedap..puji diri sendiri..haha

P/S: Next Triffle..:)

Aiskrim goreng homemade

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Hari tu aku ada buat aiskrim vanilla oreo..senang je nak buat letak susu pekat,susu cair,susu kotak,ovelatte,esen vanilla kemudian putar atau blend sampai gebu..lepas tu letak dalam bekas dan sejukkan..lebih kurang 4 jam tengok pada suhu peti masing-masing. Maka inilah hasilnya

Tarraa!!!!!!!

Alang-alang dah ada aiskrim dan roti kat rumah,.maka terhasillah aiskrim goreng homemade..senang je nak buat..ambik roti tekapkan ikut acuan buat..yang ni aku pakai gelas, lepas tu letak aiskrim,rapikan di bahagian tepi dengan jari, akhir sekali goreng.

Bahan-bahan yang diperlukan

Ni lah hasilnya..ok jemput makan..:)
P/S : Saya suka masak..:)



Cerita Semalam

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua..again, I'm back.

Ini adalah cerita semalam..the most hectic day..tired but really-really happy..kisah dimana semuanya tentang jemputan kahwin..semalam 31 May 2014 aku menerima tiga undangan kenduri kahwin dan satu darinya adalah di request untuk jadi pengapit..mula terfikir adakah sempat untuk aku hadir kesemua majlis ini,.al-maklumlah 3 undangan..kesemuanya adalah undangan dari teman yang agak rapat.. terus meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah swt agar aku dapat hadir ke semua kenduri ni..dan alhamdulillah akhirnya berjaya..:)


Di kenduri Tipah dan pasangan..alhamdulillah sambil-sambil datang kenduri alang-alang tu boleh jumpa kawan-kawan lama,.dalam kalangan kami ni masing-masing dah ada kerjaya..alhamdulillah semua berjaya membina impian masing..seronok!!! banyak perkara yang dibualkan..masih lagi dengan perangai giler-giler sopan kami..(haha)..:)

Haa!!! ni adalah sebahagian dari teman rapat dari sekolah rendah..ada beberapa orang lagi yang tak dapat datang..tapi cuti-cuti ni dah dapat jumpa dengan diaorang dah cukup membahagiakan..dari sekolah rendah sampai sekarang ukhwah ini masih terjalin..pantang je ada cuti mesti cari masa untuk spend time bersama..thank guys untuk segalanya..walau kita jauh tapi kamu semua tetap dalam ingatan..:)

Balik je dari kenduri rumah kawan terus siap ala kadar untuk jadi pengapit sempena wedding Kak Linda, jiran tepi rumah..Kak Lindah yang request jadi pengapit..Ok, aku terima..Ikhlas tolong orang nanti Allah akan hantar orang lain plak untuk tolong kita..:)

kemudian pergi plak ke kenduri kawan satu IPG..Opps!!! gamba tak de sebab tak sempat nak ambik..hehe

Last but not least ikut Kak Linda pergi Photoshoot wedding kat Pantai Air Tawar..tahniah untuk Kak Linda dan Abang Naim..selamat pengantin baru,.Barakallah..:)

P/S: Persahabatan yang dibina haruslah di semai dengan baja keikhlasan..:)
       Niat ikhlas tolong orang,.nanti Allah akan hantar seseorang untuk tolong kita..:)








True Sadness


Gambar ni diambil di pesbuk..sekali tengok terus gelak..hahaha..sebab aku pernah je mengalami situasi ni dulu-dulu..bila mesej dah dihantar, tengok-tengok dah seen tapi tak di replay..lepas tu kembung sorang-sorang..haha..tapi tu dulu sekarang dah tak ambil peduli,.watlek watpis je..:)

P/S: Jangan mengharap pada benda yang tak pasti sebab nanti mesti akan kecewa..tetapi letakkan pengharapan itu pada ALLAH SWT,.pasti akan bahagia..:)

Seuntai kata untuk dirasa


Mengapa harus kau mengalah,
Pada dugaan kau menyerah,
Orang yang kalah 
ialah orang yang tidak pernah melangkah,
Tidak pula cuba untuk berubah,

Dalam agama tidak akan ke syurga,
hanya dengan berkata,
"Aku mahu ke sana"
Tanpa usaha.
DEEP!!! 

P/S: Berubahlah dari sekarang kerana pintu taubat sentiasa terbuka..(peringatan untuk diri sendiri)..:)

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua

Bangun-bangun je dari tidur keluar bilik temgok-tengok takde orang kat rumah..rumah sunyi..adik yang bongsu pergi sekolah, ayah pergi kerja dan mak opkos pagi-pagi macam ni ada kat kebun bunga dia..maka tinggal lah aku sorang..alahai boring giler!!!

Rutin yang sama setiap pagi yang aku akan buat ialah menyapu dan mengemas rumah..yang ni aku wajib buat sebab aku tak suka rumah yang bersepah..prinsip aku biar rumah kita kecil janji kemas..adik aku yang bongsu mesti akan alert!!!! bila aku ada kat rumah..dah tahu nak simpan barang lepas main,dah tahu nak bunag sampah kat mana..sebab dia dah lali dengan Alang dia ni yang akan membebel if rumah tak kemas..hahaha (baru tahu yang Alang dia ni garang).

Mak aku boleh dikatakan agak pengemas..masa kecik-kecik dulu mak mesti suruh aku kemas rumah,baju-baju lepas sekolah mesti letak tempat yang dah dikhaskan, pinggan lepas makan kena basuh, kat dapur lepas siap masak mesti kemas dan lap betul-betul, mesti ada tuala kecil untuk lap tangan, dan mesti ada tuala kecil yang lain untuk lap meja atau kabinet dapur, peti sekurang-kurangnya 2kali seminggu kena bersih, lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali kena mop, sampah mesti kena masukkan dalam plastik atau bekas dengan betul dan bla, bla, bla lagi yang kena buat..masa kecik-kecik dulu selalu je aku memberontak,cakap kat mak kenapa perlu buat kerja-kerja ni semua, selalu je tak puas hati dengan mak.


Tapi bila dan besar,ok baru paham kenapa mak terapkan menda-menda ni semua..bila dah besar baru paham bahawasanya ajaran-ajaran dari mak ni lah yang membuatkan aku pandai nak urus kerja-kerja rumah ni..Ok!! bila dah besar ni dah tak memberontak malah bersyukur sangat-sangat dapat mak because you are only the best mom in the world..Alang sayang mak..<3<3<3

pesan mak, biar rumah kecik janji kemas..dah kemas dah..hehe

Then, I eating this Nasi Kerabu for my breakfast today..yummy!!

P/S: Jadikan rumahku sebagai syurgaku..:)


Tea Beng Madu Osem

Assalamualaikum wbt dan selamat malam..Hi you all..Im back..hehe..setelah lama tak mengupdate blog..al-maklumlah bizi dengan kelas, praktikum, proposal, exam dan berbagai-bagai lagi..ok tak nak merapu panjang-panjang..berbalik pada tajuk entry di atas.

Haa!!! nak cerita sikit pasal TEA BENG MADU PAK MAT..siapa-siapa yang tak pernah pergi kat kedai ni aku syorkan boleh pergi sebab Tea Bemg Madu dia sangat Osem..dan rasa dia lemak-lemak manis madu dan susu cair gitu..bagi penggemar tea beng atau tea ais,.anda patut try..first time pergi, kawan yang bawa dan first try terus terpikat..sehinggakan pak cik, mak cik, kakak dan Pak Mat tu sendiri dah kenal dengan muka aku dek kerana selalu pi..haha..

Selain dari air tea beng yang femes ni, anda juga boleh rasa sup kepala ikan yang bagi aku rasanya sedap..ada juga jual nasi pagi yang terdapat aneka jenis lauk..ok guys ni bukan iklan berbayar oleh Pak Mat ok,.ni adalah ikhlas dari aku untuk mengatakan yang kedai ni ok..dari segi infrastruktur sangat ok sebab dekat kedai ni ada tempat mandi dan tandas yang selesa.

Haa!! Ni la Tea Beng Madu yang aku katakan tu
Osem kan..you should try it..:)

Sup Kepala Ikan

Balik dari sini anda boleh singgah di Pantai Kundur..berdekatan dengan warung Pak Mat ni.

Feeling-feeling like Nami Island..Katanya..:)

Biar gambar berbicara..:)

Ok itu saja untuk entry malam ni..salam..:)
P/S: Nervous tunggu perlawanan badminton malam ni..apa-apa pon Chaiyok!! Malaysiaku..:)






AKU DIRISIK

Aku telah dirisik Hamboi! Tajuk entry tak leh bla,.boleh mengundang trafik paling tinggi ni..hehe.. kesahnya begini sebelum hari rombongan merisik datang sedara mak mencari jodoh untuk anak kawan dia..setakat tu je yang aku dengar dari perbualan mak sebab lepas letak air,.aku terus ke dapur (x baik anak dara dengar orang tua-tua berbual)..........................................ok habes disini.

Lepas je sedara mak balik,.tiba-tiba mak cakap yang esok ada orang datang nak tengok aku

Mak   : Kak, esok ada orang nak datang,.nak tengok kak
Aku    : Hah!! (dengan muka yang sangat terkejut) tengok untuk apa?
Mak   : Ada orang ni nak cari bini,.Cik Lah yang tolong rakemenkan ni..ni anak kawan Cik Lah.
Aku    : TAK NAK!!!..orang tak nak pikir lagi la pasal ni..lagi pun belajar pon tak abes lagi,.banyak menda lagi yang nak buat.
Mak   : Alah! Dia datang nak tengok je,.bukan nak terus ke apa..datang saja-saja
Aku    : TAK NAK!!! Orang tak sedia lagi..biar je la dia tengok orang lain
Mak   : Sampai bila nak macam ni,.kalau kak dah ada yang berpunya sekarang mak tak kisah tapi mak tengok macam takde je lagi,apa kata cuba dulu..lagi pon kak kan dah masuk umur 24 dah,.tak kan tak nak pikir lagi hal ni.
Aku    : Orang ada je berkenan kat polan si polan ni, pandai-pandai je mak kata anak mak tak de siapa-siapa (kata dalam hati je la)..hmm ok,tengok saja je..dan sekiranya tak berkenan boleh tolak kan.
Mak   : Iye,.
Aku    : OK, tak pe

Dan hari kejadian

Pagi-pagi lagi mak dah bangun,sibuk duk buat roti jala,kuih-muih,dessert..(dalam hati aku berkata) apasal mak beria-ia sangat ni..dan aku yang terlibat ni ikut je rentak mak,.buat kuah kari untuk roti jala,buat dessert..(btw, ramai orang kata kuah roti jala aku sedap..dang,.dang je promote diri sendiri..hahaha)..ok berbalik pada tajuk entry..diarong kata nak datang pukul 3 tapi tak jadi sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan, dan tunda ke lepas asar..jadi sementara tunggu diaorang datang apa lagi zzzzzzzzzz la dulu..(apa punyer anak dara)..penat kot seharian masak..hehe

Ok tepat-tepat pukul 4.15 pm aku bangun dan bersiap ala kadar,.tak beria pun..dan pukul 5.45 pm datang lah 3buah kereta..aku yang lihat dalam hati (fuh!! Kenapa banyak sangat kereta ni)..ciap bawak kain dengan buah..sini dah pelik..tapi buat bodo je,.keluar bilik,.salam dengan semua pastu pegi dapur angkat segala makanan hidang kat luar kemudian duk balik dekat dapur..tetiba mak panggil aku keluar sebab ada orang nak tengok.. keluarlah aku macam biasa,.duk pun bersimpuh( ayu kot)..haha..semua mata memandang aku..debaran kian terasa,.sume menda rasa tak kena..senyum pun terasa sumbing..(adoi hai baru mai tengok kot)..alih-alih macam bermula satu majlis,.diaorang memperkenalkan lelaki di pahak mereka dan memperkenalkan aku di pihak perempuan..pihak lelaki tanya beberapa soalan kat aku,.kebanyakkannya berkisar tentang tempat belajar,.dan bila disuruh tanya belah perempuan tanya soalan,.aku sedikit pom tak memandang muka dia..mula-mula tengok rasa macam tak berkenan,.tak tahu kenapa..tapi aku just follow the flow..ok lepas kata putus diberi mengatakan di belah pihak perempuan tak ada apa-apa nak tanya,.mula lah pembacaan doa selamat..(lagi lah bertambah kepelikkan aku),.await! aku rasa ni macam satu majlis je.

Terdetik dalam hati agak-agak laki ni perokok tak,.sebab aku memang SANGAT TAK SUKA DENGAN LELAKI YANG HISAP ROKOK..AKU TERSANGAT LAH ALAH DENGAN BAU ROKOK..pernah sampai aku muntah-muntah disebabkan asap rokok..TERSANGAT FOBIA DENGAN PEROKOK..kawan-kawan aku dah tersedia maklum..ok, bila rombongan datang turun nak balik je.. ALLAH punya kuasa dia tunjuk depan-depan mata aku yang lelaki tu hisap rokok..ok terus out dalam list
Malam pun menjelma dan tiada sebarang pangilan aku terima..alhamdulillah sangat-sangat bersyukur kerana pada firasat aku dia tak suka aku..mana nak suka sebab aku pakai selekeh giler kot..haha..Namun, Tup2,.pukul 10 lebih ada satu panggilan dari nombor yang aku tak kenal col aku..nak angkat dengan tak sama banyak..last2 mak cakap angkat la..ok,.aku angkat,.just berbual kosong..yang paling aku tak suka bila dia ajak keluar,.baru kenal je kot..lagi pon aku mana biasa keluar dengan laki yang aku tak kenal..aku menyifatkan dia tu aku tak kenal even kami baru je kenal..lagi la aku tak suka..kata seorang kawan, kalau dia betul-betul ikhlas nak kat kita dia tak kan buat macam ni,.sebaik mungkin dia akan hormat kita..dia akan jaga maruah kita..(dan otak mula berfikir)..mulalah mencari pendapat dari pakar-pakar yang bertauliah dalam hal ni.

Ni sahajalah cerita aku..apa yang dapat aku simpulkan,.Alhamdulillan aku bersyukur sebab Allah dengar rintihan doa aku,.Alhamdulillah Allah hantar orang untuk merisik aku..itu makna nya ALLAH sayang aku dan ada orang nak kat aku..Namun, jauh di sudut hati kecil aku,.aku tidak merasakan yang aku adalah calon yang sesuai dengan dia..aku mencari seorang bakal imam yang boleh bimbing aku,yang boleh tolong sama-sama aku ke Syurga..Inshaa Allah..bukan rupa dan harta yang aku cari,.dan ya dia memang meiliki ni mungkin mana-mana perempuan lain tengok akan melting kot tengok dia tapi bukan aku..dalam memilih calon suami agama yang sudah pasti aku akan pandang..aku sangat mendambakan sebuah kehidupan yang akhirnya akan membawa kepada keluarga sakinah,.salah ke kalau aku menolak,salah ke kalau aku tak terima??

kata seorang kawan Ya!!! kau berhak memilih,.it’s all about your future life..kalaulah mula-mula tengok tu tak sedap hati lepas tu dah timbul perspeksi gini,.better tak yah teruskan..dan macam-macam nasihat aku terima dari kawan-kawan..Alhamdulillah,.aku masih lagi punya kawan-kawan yang ada masa aku dalam kesusahan..Alhamdulillah mereka bersedia mendengar dan memberi pendapat yang mana pendapat mereka dapat meredakan hati aku..pesan adik,.I don’t want my future brother in law tu hisap rokok,.ok,mungkin boleh berubah,tapi menda tu susah,.sebelum nak berubah tu banyak fasa yang perlu dihadapi,kesabaran sangat tinggi dan kalau boleh berubah pom besar kemungkinan akan buat balik,.lepas tu kawen,.Allah bagi rezeki anak,.duk nasihat kat anak jgn hisap rokok tapi ayah sendiri hisap rokok..jangka masa panjang tu kena pikir..dan xsalah kalu tolak..”ingat Lelaki baik untuk perempuan baik”..jadi sekarang berusaha jadi yang terbaik.

Sungguh pening bila memikirkan hal ni,.barulah aku tahu betapa susahnya untuk nak buat keputusan bila melibatkan hal sebegini..aku redha dan aku pasrah,.ALLAH sangat nak menguji aku..Alhamdulillah aku bersyukur sebab Allah masih lagi pandang dan sayang aku dengan memberi ujian sebegini..Alhamdulillah aku redha YA ALLAH..:)


P/S : Ya Allah jika dia benar jodohku maka permudahkanlah dan jika dia bukan untukku maka tunjukkanlah..amin2..:)