True Sadness


Gambar ni diambil di pesbuk..sekali tengok terus gelak..hahaha..sebab aku pernah je mengalami situasi ni dulu-dulu..bila mesej dah dihantar, tengok-tengok dah seen tapi tak di replay..lepas tu kembung sorang-sorang..haha..tapi tu dulu sekarang dah tak ambil peduli,.watlek watpis je..:)

P/S: Jangan mengharap pada benda yang tak pasti sebab nanti mesti akan kecewa..tetapi letakkan pengharapan itu pada ALLAH SWT,.pasti akan bahagia..:)

Seuntai kata untuk dirasa


Mengapa harus kau mengalah,
Pada dugaan kau menyerah,
Orang yang kalah 
ialah orang yang tidak pernah melangkah,
Tidak pula cuba untuk berubah,

Dalam agama tidak akan ke syurga,
hanya dengan berkata,
"Aku mahu ke sana"
Tanpa usaha.
DEEP!!! 

P/S: Berubahlah dari sekarang kerana pintu taubat sentiasa terbuka..(peringatan untuk diri sendiri)..:)

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua

Bangun-bangun je dari tidur keluar bilik temgok-tengok takde orang kat rumah..rumah sunyi..adik yang bongsu pergi sekolah, ayah pergi kerja dan mak opkos pagi-pagi macam ni ada kat kebun bunga dia..maka tinggal lah aku sorang..alahai boring giler!!!

Rutin yang sama setiap pagi yang aku akan buat ialah menyapu dan mengemas rumah..yang ni aku wajib buat sebab aku tak suka rumah yang bersepah..prinsip aku biar rumah kita kecil janji kemas..adik aku yang bongsu mesti akan alert!!!! bila aku ada kat rumah..dah tahu nak simpan barang lepas main,dah tahu nak bunag sampah kat mana..sebab dia dah lali dengan Alang dia ni yang akan membebel if rumah tak kemas..hahaha (baru tahu yang Alang dia ni garang).

Mak aku boleh dikatakan agak pengemas..masa kecik-kecik dulu mak mesti suruh aku kemas rumah,baju-baju lepas sekolah mesti letak tempat yang dah dikhaskan, pinggan lepas makan kena basuh, kat dapur lepas siap masak mesti kemas dan lap betul-betul, mesti ada tuala kecil untuk lap tangan, dan mesti ada tuala kecil yang lain untuk lap meja atau kabinet dapur, peti sekurang-kurangnya 2kali seminggu kena bersih, lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali kena mop, sampah mesti kena masukkan dalam plastik atau bekas dengan betul dan bla, bla, bla lagi yang kena buat..masa kecik-kecik dulu selalu je aku memberontak,cakap kat mak kenapa perlu buat kerja-kerja ni semua, selalu je tak puas hati dengan mak.


Tapi bila dan besar,ok baru paham kenapa mak terapkan menda-menda ni semua..bila dah besar baru paham bahawasanya ajaran-ajaran dari mak ni lah yang membuatkan aku pandai nak urus kerja-kerja rumah ni..Ok!! bila dah besar ni dah tak memberontak malah bersyukur sangat-sangat dapat mak because you are only the best mom in the world..Alang sayang mak..<3<3<3

pesan mak, biar rumah kecik janji kemas..dah kemas dah..hehe

Then, I eating this Nasi Kerabu for my breakfast today..yummy!!

P/S: Jadikan rumahku sebagai syurgaku..:)


Tea Beng Madu Osem

Assalamualaikum wbt dan selamat malam..Hi you all..Im back..hehe..setelah lama tak mengupdate blog..al-maklumlah bizi dengan kelas, praktikum, proposal, exam dan berbagai-bagai lagi..ok tak nak merapu panjang-panjang..berbalik pada tajuk entry di atas.

Haa!!! nak cerita sikit pasal TEA BENG MADU PAK MAT..siapa-siapa yang tak pernah pergi kat kedai ni aku syorkan boleh pergi sebab Tea Bemg Madu dia sangat Osem..dan rasa dia lemak-lemak manis madu dan susu cair gitu..bagi penggemar tea beng atau tea ais,.anda patut try..first time pergi, kawan yang bawa dan first try terus terpikat..sehinggakan pak cik, mak cik, kakak dan Pak Mat tu sendiri dah kenal dengan muka aku dek kerana selalu pi..haha..

Selain dari air tea beng yang femes ni, anda juga boleh rasa sup kepala ikan yang bagi aku rasanya sedap..ada juga jual nasi pagi yang terdapat aneka jenis lauk..ok guys ni bukan iklan berbayar oleh Pak Mat ok,.ni adalah ikhlas dari aku untuk mengatakan yang kedai ni ok..dari segi infrastruktur sangat ok sebab dekat kedai ni ada tempat mandi dan tandas yang selesa.

Haa!! Ni la Tea Beng Madu yang aku katakan tu
Osem kan..you should try it..:)

Sup Kepala Ikan

Balik dari sini anda boleh singgah di Pantai Kundur..berdekatan dengan warung Pak Mat ni.

Feeling-feeling like Nami Island..Katanya..:)

Biar gambar berbicara..:)

Ok itu saja untuk entry malam ni..salam..:)
P/S: Nervous tunggu perlawanan badminton malam ni..apa-apa pon Chaiyok!! Malaysiaku..:)