Vokal Bukan Sekadar Rupa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua..nak cerita sikit pasal incident yang berlaku pada diriku hari ni.

Ceritanya bermula, pagi tadi tengok la ulangan Vokal bukan sekadar rupa dengan mak dan adikku, (daus or iwe) kat Tv3..ikuti perbualan kami..

Mak        : Kata vokal bukan sekadar rupa, tapi mak tengok sumenya hensem-hensem dan kacak-kacak je..(versi klate la)..hehe
Aku        : Alah, tajuk vokal bukan sekadar rupa tu propa je sebenarnya,.saje nak tarik minat penonton lepas tu buat la tajuk cam gini.
Adik       : Kak, masuk la show ni..mane tahu kot2 ada chance nak menang..bertepatan dah dengan tema,   Vokal Bukan Sekadar Rupa..(gelak)
Mak       : Eh2!!!,.kak mane boleh masuk, sebab dia vokal pon takde rupa pon takde..(gelak)
Aku       : Makk!!!!!!!!!!!!!

Dan dengan selambanya diarong ketawakan aku..ok fine.hahaha

P/S: jangan tengok seseorg tu pada rupa je ok..:)

Autumn In My Heart is Osem!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..I'm back..ceh!! tetiba je cakap omputih..hahaOk berdasarkan pada tajuk entry diatas, hari ni aku nak bagitahu yang aku dah habis layan cerita Autumn In My Heart..aku tahu cerita ni memang cerita lama dah pon,.tapi baru kini berpeluang nak tengok,.al-maklumlah sebelum ni bizi memanjang,..acecece sibuk mengalahkan Perdana Menteri bunyinye..heheAutumn In My Heart memang superb la,..walau aku tahu sekarang ni rakyat Malaysia akan memboikot orang korea,cerita korea dan yang seangkatan dengannya dek kerana sikap refreenya semalam yang berat sebelah terhadap pasukan Harimau Malaya yang beraksi untuk Piala AFF Suzuki bagi 2012 di Thailand. Semua orang nampaknya tak berpuas hati dengan sikap refreenya tu..yup!!! aku pon,.nampak sangat kot,..huhu..tapi aku takde la begitu fanatik sampai nak memboikot dan memberontak ni..mungkin takde rezeki Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang lepas tu..Takpe Harimau Malaya,.terus maju ok..jangan mudah berputus asa..:)Autumn ni antara cerita korea paling sedih yang aku tengok,.dari episod pertama sampai akhir asyik nanges jep..serius tak tipu,.hehe..hero dan heroin meninggal..very very sad ending..tapi terbaik la..tak caya dan nak tahu kisahnya, haa..tengok sendiri..haha


P/S : Sob3...huhu


It all about holidays

Assalamualaikum semua..tetiba2 malam ni tangan gatal plak nak update blog..al-maklumlah takde keje..hmm, cuti-cuti ni aku banyak menghabiskannya dengan maraton cerita korea..kalau orang lain duk sibuk bercuti sana sini tapi aku duk maraton cerita korea..haha,.nak kata minat sangat-sangat kat cerita korea ni takde la plak,.hanya sekadar mengikuti perkembangannya sahaja,.nak kata aku peminat tegar K'POP or so whatever yang seangkatan dengannya takde pon..hanya tahu sekadar gitu-gitu aja..tapi bila orang duk sebut cerita tu tahu la jugak,.hehe

First skali layan cerita Sassy Gurl Chun Yang.. best cerita ni..ianyanya mengisahkan tentang dunia pelajar di sekolah menengah yang mana mereka terpaksa berkahwin pada usia muda akibat perselisihan faham..maka, bermulalah konflik2 dan babak-babak drama yang lucu, sedih, geram dan sebagainya..kalau nak tahu dengan lebih lanjut, silalah tonton ye..:)




Ni adalah salah satu cerita yang best bagi aku,.lepas tu plak layan cerita 'The Musical', Snow Queen, Oh My Lady, dan beberapa cerita lain lagi..masing-masing cerita ada kelebihan tersendiri yang dapat menarik minat penonton untuk tengok..bagi aku, tengok cerita yang ada pelakon yang hensem2 dan cantek-cantek je,..eh!!! ada plak macam tu????,..Aishh!!! mane ada,..takde pom,.konsep aku kalau tengok moviee ni,.janji sedap sume layan,.sama la dengan makanan,.janji sedap sume makan,..haha

Sekarang ni, duk layan cerita Autmn in My Heart,.cerita ni dah lama sebenarnya,.tapi baru ni berpeluang nak tengok,..baru layan episod 3,.dah berjaya membuatkan aku nanges,..perghh!!! superb la..acecece,.hehe.

P/S: Don't Judge a Book By It's Cover..maknanya,jangan tengok sesuatu cerita tu hanya pada pelakon semata-mata ok,.apa yang baik ambil jadikan panduan, dan mana yang tak baik tu jadikan pengajaran..:)



Sentiasalah Berdoa..:)


p/s: berdoalah tanpa mengira masa dan tempat,.selamat malam semua,.tapi sebelum tido berdoalah kerana Allah itu maha mendengar dan memberi..:)

soal jodoh

Esok adeareunion dengan kawan-kawan lamaku kat sekolah menengah,.aish!!! tak sabar rasanya nak pergi jumpa kengkawan lama..ada dalam kalangan kawanku yang seusia dah pon berkahwin..cepat kan jodoh diaorang..kalau yang tak kawen lagi tu mungkin dah berpunya,.hmm,.mybe..dan esok ak memang kena tadah telinga dengar soalan dari diaorang,.antara ayat-ayat yang akan terpacul keluar dari mulut diaorang,.


(1) dah ada ke belum?
(2) bila nak kawen?
(3) eleh,.koya kata takde sape2...


ni antara soalan-soalan yang pasti keluar,..huhuhuk

tapi!! hurm..tiba2 rasa macam nak kahwin lambat-lambat sikit.
hidup sorang-sorang tak puas lagi..hahaha
tapi tergugat jugak tengok member-member sebaya dah mula berpunya.
hahaha..tapi tak terniat lagi nak dipunya..haha
buang masa jer kalau kena rejek.

orang tak cantik macam aku ni biasanya kawin lambat sikit.
ohhh..begitulah nasib aku  nampaknya..eh, ada ke begitu?
tapi, apa nak kesah, Allah dah tentukan Jodoh masing-masing.
tak perlu la nak runsing lebih-lebih.
doa..perbaiki diri..tak da kat dunia..kat syurga sana..In Shaa Allah
haish. nak masuk syurga tu laaah susah. -.-
makanya...berusahalah masuk syurga. eheeeeeeee.
senang cakap..:)
P/S : Hidup, mati, jodoh, pertemuan semuanya di tangan ALLAH..siapa kita untuk menentangnya..:)

Pasrah..:)


Tidak semua benda yang kita nak dalam hidup ni kita akan dapat.
 Ok. Mungkin kita akan dapat juga, tapi kena la bersakit-sakit dulu.
Dan mungkin juga kita memang tak akan dapat sebab kita memang ditakdirkan untuk tidak dapat benda tu. InsyaAllah, akan dapat benda lain. Walaupun tak sama, mungkin lebih baik. 
Semuanya bermain dengan masa. Masa dapat merawat hati. 
Bila kita dah ambil keputusan untuk melakukan sesuatu perkara, kita juga kena terima segala kemungkinan yang akan berlaku di hadapan kita nanti.
Maksudnya, dari awal lagi kena bersedia. Berlapang dada dengan segala kemungkinan..
Chaiyok Dila..:)

P/S : Redhalah dengan segala ketentuanNYA,.walaupun ianya pahit, tapi ketahuilah DIA maha mengetahui segalanya..:)

She is my IDOL


Dia ialah idola saya..melihatnya sahaja membuatkan diri ku ini tenang,.percakapannya yang penuh dengan motivasi membuatkan hatiku menjadi kuat..aku begitu tertarik dengan ceramah dan nasihat beliau yang sangat positif itu..kalau boring-boring aku selalu bukak page Prof Muhaya sama ada kat FB mahupun kat youtube..suka pabila mendengar nasihat beliau terutamanya dalam membina diri sebagai hamba Allah ke arah yang lebih baik dan terbaik..In Sha Allah..semoga Prof sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi..Amin2..:)

P/S : She inspiring me more..:)

Merapu..haha

Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan hidup untuk terus berdiri dalam mencari redha Ilahi..InsyaAllah..hmm tetiba jep malam ni rasa nak update blog..mungkin sebab kepuasang tahap gaban menuntut diriku untuk update blog,.al maklum lah sekarang aku sedang bercuti selama sebulan lebih..cuti-cuti begini memang boring kalau tak pegi mana-mana..huhu


 Jadi keje aku kat umah duk ternak badan lah jawabnya..makan tido, makan tido je keje,.baru-baru ni pegi shopping barang dapor dengan mak aku, jumpa mesin penimbang,.Jadi apa lagi aku naik lah,..fuhh!!! alamak naik kot berat badan aku,..baru dekat sebulan duk rumah dah 2kg naik..aish!!! tak boleh jadi ni,.bukak maktab nanti kena turun joging (sekarang beria-ia la nak joging nanti bukak maktab tengok la buat ke tidak,..bak kata hana)..ok hana,.k.mira akan buktikan yang k.mira akan buat...haha..Sebut pasal joging,.teringat masa zaman tinggal kat asrama dulu-dulu,.hampir setiap petang akan turun joging kat padang..amalan gaya hidup sihat lah katakan..haha


P/S: Jadikan senaman sebagai amalan hidup sihat..:)