Vokal Bukan Sekadar Rupa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua..nak cerita sikit pasal incident yang berlaku pada diriku hari ni.

Ceritanya bermula, pagi tadi tengok la ulangan Vokal bukan sekadar rupa dengan mak dan adikku, (daus or iwe) kat Tv3..ikuti perbualan kami..

Mak        : Kata vokal bukan sekadar rupa, tapi mak tengok sumenya hensem-hensem dan kacak-kacak je..(versi klate la)..hehe
Aku        : Alah, tajuk vokal bukan sekadar rupa tu propa je sebenarnya,.saje nak tarik minat penonton lepas tu buat la tajuk cam gini.
Adik       : Kak, masuk la show ni..mane tahu kot2 ada chance nak menang..bertepatan dah dengan tema,   Vokal Bukan Sekadar Rupa..(gelak)
Mak       : Eh2!!!,.kak mane boleh masuk, sebab dia vokal pon takde rupa pon takde..(gelak)
Aku       : Makk!!!!!!!!!!!!!

Dan dengan selambanya diarong ketawakan aku..ok fine.hahaha

P/S: jangan tengok seseorg tu pada rupa je ok..:)

Autumn In My Heart is Osem!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..I'm back..ceh!! tetiba je cakap omputih..hahaOk berdasarkan pada tajuk entry diatas, hari ni aku nak bagitahu yang aku dah habis layan cerita Autumn In My Heart..aku tahu cerita ni memang cerita lama dah pon,.tapi baru kini berpeluang nak tengok,.al-maklumlah sebelum ni bizi memanjang,..acecece sibuk mengalahkan Perdana Menteri bunyinye..heheAutumn In My Heart memang superb la,..walau aku tahu sekarang ni rakyat Malaysia akan memboikot orang korea,cerita korea dan yang seangkatan dengannya dek kerana sikap refreenya semalam yang berat sebelah terhadap pasukan Harimau Malaya yang beraksi untuk Piala AFF Suzuki bagi 2012 di Thailand. Semua orang nampaknya tak berpuas hati dengan sikap refreenya tu..yup!!! aku pon,.nampak sangat kot,..huhu..tapi aku takde la begitu fanatik sampai nak memboikot dan memberontak ni..mungkin takde rezeki Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang lepas tu..Takpe Harimau Malaya,.terus maju ok..jangan mudah berputus asa..:)Autumn ni antara cerita korea paling sedih yang aku tengok,.dari episod pertama sampai akhir asyik nanges jep..serius tak tipu,.hehe..hero dan heroin meninggal..very very sad ending..tapi terbaik la..tak caya dan nak tahu kisahnya, haa..tengok sendiri..haha


P/S : Sob3...huhu


It all about holidays

Assalamualaikum semua..tetiba2 malam ni tangan gatal plak nak update blog..al-maklumlah takde keje..hmm, cuti-cuti ni aku banyak menghabiskannya dengan maraton cerita korea..kalau orang lain duk sibuk bercuti sana sini tapi aku duk maraton cerita korea..haha,.nak kata minat sangat-sangat kat cerita korea ni takde la plak,.hanya sekadar mengikuti perkembangannya sahaja,.nak kata aku peminat tegar K'POP or so whatever yang seangkatan dengannya takde pon..hanya tahu sekadar gitu-gitu aja..tapi bila orang duk sebut cerita tu tahu la jugak,.hehe

First skali layan cerita Sassy Gurl Chun Yang.. best cerita ni..ianyanya mengisahkan tentang dunia pelajar di sekolah menengah yang mana mereka terpaksa berkahwin pada usia muda akibat perselisihan faham..maka, bermulalah konflik2 dan babak-babak drama yang lucu, sedih, geram dan sebagainya..kalau nak tahu dengan lebih lanjut, silalah tonton ye..:)




Ni adalah salah satu cerita yang best bagi aku,.lepas tu plak layan cerita 'The Musical', Snow Queen, Oh My Lady, dan beberapa cerita lain lagi..masing-masing cerita ada kelebihan tersendiri yang dapat menarik minat penonton untuk tengok..bagi aku, tengok cerita yang ada pelakon yang hensem2 dan cantek-cantek je,..eh!!! ada plak macam tu????,..Aishh!!! mane ada,..takde pom,.konsep aku kalau tengok moviee ni,.janji sedap sume layan,.sama la dengan makanan,.janji sedap sume makan,..haha

Sekarang ni, duk layan cerita Autmn in My Heart,.cerita ni dah lama sebenarnya,.tapi baru ni berpeluang nak tengok,..baru layan episod 3,.dah berjaya membuatkan aku nanges,..perghh!!! superb la..acecece,.hehe.

P/S: Don't Judge a Book By It's Cover..maknanya,jangan tengok sesuatu cerita tu hanya pada pelakon semata-mata ok,.apa yang baik ambil jadikan panduan, dan mana yang tak baik tu jadikan pengajaran..:)



Sentiasalah Berdoa..:)


p/s: berdoalah tanpa mengira masa dan tempat,.selamat malam semua,.tapi sebelum tido berdoalah kerana Allah itu maha mendengar dan memberi..:)

soal jodoh

Esok adeareunion dengan kawan-kawan lamaku kat sekolah menengah,.aish!!! tak sabar rasanya nak pergi jumpa kengkawan lama..ada dalam kalangan kawanku yang seusia dah pon berkahwin..cepat kan jodoh diaorang..kalau yang tak kawen lagi tu mungkin dah berpunya,.hmm,.mybe..dan esok ak memang kena tadah telinga dengar soalan dari diaorang,.antara ayat-ayat yang akan terpacul keluar dari mulut diaorang,.


(1) dah ada ke belum?
(2) bila nak kawen?
(3) eleh,.koya kata takde sape2...


ni antara soalan-soalan yang pasti keluar,..huhuhuk

tapi!! hurm..tiba2 rasa macam nak kahwin lambat-lambat sikit.
hidup sorang-sorang tak puas lagi..hahaha
tapi tergugat jugak tengok member-member sebaya dah mula berpunya.
hahaha..tapi tak terniat lagi nak dipunya..haha
buang masa jer kalau kena rejek.

orang tak cantik macam aku ni biasanya kawin lambat sikit.
ohhh..begitulah nasib aku  nampaknya..eh, ada ke begitu?
tapi, apa nak kesah, Allah dah tentukan Jodoh masing-masing.
tak perlu la nak runsing lebih-lebih.
doa..perbaiki diri..tak da kat dunia..kat syurga sana..In Shaa Allah
haish. nak masuk syurga tu laaah susah. -.-
makanya...berusahalah masuk syurga. eheeeeeeee.
senang cakap..:)
P/S : Hidup, mati, jodoh, pertemuan semuanya di tangan ALLAH..siapa kita untuk menentangnya..:)

Pasrah..:)


Tidak semua benda yang kita nak dalam hidup ni kita akan dapat.
 Ok. Mungkin kita akan dapat juga, tapi kena la bersakit-sakit dulu.
Dan mungkin juga kita memang tak akan dapat sebab kita memang ditakdirkan untuk tidak dapat benda tu. InsyaAllah, akan dapat benda lain. Walaupun tak sama, mungkin lebih baik. 
Semuanya bermain dengan masa. Masa dapat merawat hati. 
Bila kita dah ambil keputusan untuk melakukan sesuatu perkara, kita juga kena terima segala kemungkinan yang akan berlaku di hadapan kita nanti.
Maksudnya, dari awal lagi kena bersedia. Berlapang dada dengan segala kemungkinan..
Chaiyok Dila..:)

P/S : Redhalah dengan segala ketentuanNYA,.walaupun ianya pahit, tapi ketahuilah DIA maha mengetahui segalanya..:)

She is my IDOL


Dia ialah idola saya..melihatnya sahaja membuatkan diri ku ini tenang,.percakapannya yang penuh dengan motivasi membuatkan hatiku menjadi kuat..aku begitu tertarik dengan ceramah dan nasihat beliau yang sangat positif itu..kalau boring-boring aku selalu bukak page Prof Muhaya sama ada kat FB mahupun kat youtube..suka pabila mendengar nasihat beliau terutamanya dalam membina diri sebagai hamba Allah ke arah yang lebih baik dan terbaik..In Sha Allah..semoga Prof sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi..Amin2..:)

P/S : She inspiring me more..:)

Merapu..haha

Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan hidup untuk terus berdiri dalam mencari redha Ilahi..InsyaAllah..hmm tetiba jep malam ni rasa nak update blog..mungkin sebab kepuasang tahap gaban menuntut diriku untuk update blog,.al maklum lah sekarang aku sedang bercuti selama sebulan lebih..cuti-cuti begini memang boring kalau tak pegi mana-mana..huhu


 Jadi keje aku kat umah duk ternak badan lah jawabnya..makan tido, makan tido je keje,.baru-baru ni pegi shopping barang dapor dengan mak aku, jumpa mesin penimbang,.Jadi apa lagi aku naik lah,..fuhh!!! alamak naik kot berat badan aku,..baru dekat sebulan duk rumah dah 2kg naik..aish!!! tak boleh jadi ni,.bukak maktab nanti kena turun joging (sekarang beria-ia la nak joging nanti bukak maktab tengok la buat ke tidak,..bak kata hana)..ok hana,.k.mira akan buktikan yang k.mira akan buat...haha..Sebut pasal joging,.teringat masa zaman tinggal kat asrama dulu-dulu,.hampir setiap petang akan turun joging kat padang..amalan gaya hidup sihat lah katakan..haha


P/S: Jadikan senaman sebagai amalan hidup sihat..:)






Exam oh exam!!!!!

Salam kepada semua...tetiba jep tangan ni gatal nak update entry blog..hehe..exam belum habes lagi,.tapi mood nak stadi malam ni tak kunjung jua..malas tahap gaban..dan lebih kurang pukul 10,tetiba jep masuk mesej dari pikok yang mengatakan dia and the geng ade kat Epot..duk makan-makan kat sana..saje je nak bagi aku jeles..Ok sirius aku jeles!!!!!!!!!!!!!!!!...tak boleh nak ikut diaorang...huhu..jadi, ape lagi..layan lagu lah jawabnye...tetibe jep suka kat lagu nih...al-kisahnya petang tadi lepak-lepak dengan ex-rumateku (yuyue izzah) dirumah pikok,.lame tak jumpa jadi macam-macam benda duk bercerita..rindu saat-saat kat asrama dulu-dulu..huhu..dan dia mainkan lagu ni untuk aku dengan gitarnya tu...so!!!....sweet (lah sangat kan)...haha...(^_^)


Well when you go
So never think I’ll make you try to stay
And maybe when you get back
I’ll be off to find another way

And after all this time that you still owe
You’re still the good-for-nothing I don’t know
So take your gloves and get out
Better get out
While you can

When you go
Would you even turn to say “Hey”
I don’t love you
Like I did
Yesterday

Sometimes I cry so hard from pleading
So sick and sad of all the needless beating
But baby when they knock you
Down and out
It’s where you oughta stay

And after all the blood that you still owe
Another dollar’s just another blow
So fix your eyes and get up
Better get up
While you can

When you go
Would you even turn to say “Hey”
I don’t love you
Like I did
Yesterday

When you go
Would you have the guts to say
I don’t love you
Like I loved you
Yester…sa

P/S: Ini hanya lagu semata-mata,.tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak..:)

DIA YANG TERAGUNG..:)


Aku melihat henset nokiaku yang ke lapanpulohlapan kalinya..Sunyi..ya, benar sunyi..biarlah kalau yang sunyi itu yg membuatkan Allah redha..lebih tenang begini..untuk apa gembira tapi Allah tidak gembira..untuk apa bahagia kalau Allah tidak redha.

Percaya..yups..Itu mesti...aku merancang,.kita merancang tapi Allah jualah sebaik-baik Perancang..Allahu. 

"Terima aku selepas istikharah..Tolak aku juga dari Istikharah..Sebab jenis kita manusia,.takkan salahkan mana-mana pihak apabila letak keputusan pada Allah dan kebarangkalian untuk merungut itu dan ini selepas buat keputusan amat tipis." (quoted)


"untuk mendapat apa yang dicintai, bersabarlah menempuh apa yang dibenci" 

sabarlah sikit,.nanti kamu akan tahu jugak manisnya bila berjuang menahan diri drpd melakukan apa yg Allah tak suka :') 


bismillah..pahat dalam hati Dia satu-satunya cinta Teragung. :") 










Stop Searching For a Prince!


Salam kepada semua...malam ni tetiba je rasa bohsan, boring dan seangkatan yang sama waktu dengannya, al-maklum lah aku je yang ada kat umah,.adik beradik yang lain tak balik lagi..citer kat tv pon tak berapa menarik malam ni..hmm, bosan punyer bosan akhirnya on lappy,.on9 jap..dan tetiba tertengok satu tajuk artikel ni iaitu " Stop Searching For a Prince!"...hmm macam menarik je nk baca...meh kita baca
'Nowadays, there is a trend on Facebook/Twitter/blog/tumblr where people would talk about marriage; demanding a great, soleh husband/wife to enter the Jannah together and so on.
Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masha-Allah.
The Prophet Muhammad SAW said: ''The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife.'' (Tirmidhi and Nasa'i)
As a muslim woman, I also want a great man to marry me - the man who lowers his gaze so that I become the only woman he sees, the man who preserved his heart for me, the man whose love will make me stronger - a gift from Allah, insha-Allah. Surely, I want him to encourage me to be closer to Allah in our baitul muslim; baitul dakwah.
But sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status? No.
And why do you only focus on finding a righteous man (a prince of deen) only? Stop it. Don't let your imagination ruin yourself. There are many doors of Jannah so there are many ways to enter them. Don't just focus on one way (marriage). Be a righteous person first, prepare yourself. Devote yourself to Allah and when you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairy tale.
"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh
For ladies, remember this - don't worry if you haven't found your life partner. Be a righteous woman not just because you want to marry a righteous man. Marry a righteous man not just because you want him to go with you to Jannah. You can attain Jannah with or without marriage. Now is the time for you be the one that can lead yourself there.
Take Maryam RA as an example. She never did get married but was still a righteous woman in the eye of Allah SWT. He says:
"And (the example of) Mary, the daughter of 'Imran, who guarded her chastity, so we blew into (her garment) through Our Angel, and she believed in the words of her Lord and His scriptures and was the devoutly obedient."
(Surah at-Tahrim, verse 12)
Pray and make du'a for the best, not just for life in dunya but also for hereafter. Ask Allah to forgive our sins, our parents' sins, our family's, teachers' and friends'. Don't forget to make du'a for our brothers and sisters in Palestine, Iraq, Syria, Afghanistan and Burma after every prayer.
And ask Allah to help ourselves to be among the righteous men.
Hmm, menarik juga artikel ni...dan aku sangat2 bersetuju sebab mungkin aku jua tergolong dalam kategori itu..huhu..InsyaAllah, aku akan cuba perbaiki diri ini dulu sebelum mendambakan seorang "prince charmingku"...terima kasih kepada yang sudi berkongsi artikel ini..:)

Cuti Hujung Minggu

Salam kepada semua,..nak ceritakan cikit pasal cuti hujung minggu aku ini,..orang lain semua pergi bercuti sane,..bercuti sini,..untung laa kan,..aku takde buat ape-ape pon hanya lepak-lepak kat umah,..satu perkara wajib yang aku akan buat pabila cuti hujung minggu ialah
..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Tido...semestinya.
orang cakap muka aku time tido same sejibik macam dalam gamba ni..
aku tak tahu, orang yang cakap,..haha

Minggu ni gi shopping baju raya dengan mak dan adik aku,..walau raya lambat lagi tapi persiapan awal kena dibuat...pada asalnya tema tahun ni warna Maroon aku punyer lah excited sebab memang dah lama nak buat tema tu...tapi terbatal dek kerana along dan kaklong aku nak warna silver,..dia nak sponsor segala-galanya,..jadi aku menerima tanpa banyak cerita.

Dan perkara yang seronok ialah bermain dengan budak ini...


Abaikan budak yang besar tu,..tetibe jep menyibuk nak masuk gambar,.
seronok dapat main dengan budak kecik ni,..
zuhairi namenye,..anak kepada sepupuku...
pantang je datang umah nenek dia,.terus aku culik wat balik umah,..:)

P/S : I LOVE THE KIDS



Awal n Scha


Salam kepada semua warga blog,..rase kekok la plak nak tulis entry kat blog ni,..al-maklumlah jarang-jarang sekali baru nak update entry,..biasalah kan hidup student macam aku bukannya free memanjang,.ok dah melalut berbalik pada entry blog hari ni,.nak ceritakan sikit sekarang tengah hot pasal majlis perkahwinan Awal & Scha...dulu aku takde la minat sangat kat pasangan ni,..tapi entah kenapa sejak dua menjak ni tetiba jadi terminat plak,..aish!!!,..mungkin disebabkan sikap bersahaja pasangan ini yang membuatkan aku dah terminat kat diaorang,..:)

Dengar-dengar kat TV ada buat siaran langsung majlis akad nikah mereka,..aku awal-awal bersiap dan tunggu depan TV,.(punyer lah excted) nak tengok,..katanya pukul 9,.pukul 8 lagi aku tunggu,..pukul 9 tepat memang tak berganjak dari TV,..tapi hampa sebab takde,..ok tunggu lagi sampai 9.15,.tapi masih juga takde,..tunggu punyer  tunggu sampai pukul 10.00 malam tapi masih lagi takde,..last2 masuk bilik dengan perasaan kecewa,.tengok fon ade mesej,..muka kembali ceria,..jeng!!jeng!!jeng!!! mesej dari sape ekks????hehe

Oit2,..jangan fikir yang bukan-bukan ok,..mesej tu dari Noor Afiqah a.k.a pikoks,..dia rindu aku sebenarnya tapi tak nak ngaku,..topik hot dibicarakan malam tu pasal Awal & Scha...masing-masing nak suwitt (lah sangat) macam diaorang..hahaha...last2 tertido dengan asyiknya dibuai mimpi...(^_^)


Haa ni adalah gambar selepas akad nikah mereka,
gambar ni bukan ak yang amek tapi 
dikidnap dari Google,.hehe


Mereka nampak comel 
dengan warna ini,..:)

P/S: Selamat Pengantin Baru buat Awal & Scha,..semoga perkahwinan yang dibina ini berekekalan hingga ke akhirnya...:)




SBE + jengjalan

Salam kepada semua,..alhamdulillah akhirnya setelah 5 hari berada di Sek.Keb.Tengku Mahmud II,.akhirnya aku dan kawan-kawan berjaya menghabiskan sisa-sisa hidup disana...sesungguhnya banyak pengalaman yang dapat dikutip semasa berada disana dan yang paling seronok apabila bersama teman-teman yang happening seperti farah, nurul, najihah, dan tirah...cayalah sek kita,..first day kat sekolah dah memang gempak,..ibarat sekolah itu macam kita yang punyer kan,..like sekali...haha,..tapi serius 5hari disana membuatkan diri ini berasa sangat gembira dengan telatah masing-masing nak2 jihah yang memang da tuttt!!!!!!!!!!!!,..haha

apa-apa pon jom layan beberapa gambar yang berjaya di Snap,..
cewwah beberapa gambar yang tak leh blaa nye..haha...
kalau nak tahu 5hari disana lebih 500 gambar berjaya di snap,..hehe

HARI PERTAMA



HARI KEDUA 


walau pakai baju kurung,.tak menghalang 
untuk turun ke padang 

possing ckit,..hehe

HARI KETIGA

aktiviti time tak ade keje...
masing2 ngadap lappy

????????

HARI KEEMPAT



hari keempat buat kerja amal sikit,
hias bilik warisan


HARI KELIMA



selamat tinggal SKTM II,..:(
Ketahuilah kawan-kawan bahawasanya saya sangat enjoy bersama anda semua,..minta maaf atas segala kesalahan diri ini selama kita bersama,..semoga pertemuan kita bukan hanya berakhir disini sahaja...:) 


Kecewa,..come on!!!..bukan teruk sangat pon kan???..(^_^)

(Kalaulah kita tahu setiap selepas kegagalan akan ada kebahagiaan, kita tidak perlu penat menangis hiba. Kalaulah kita tahu, kita tidak layak mengatur hidup sendiri dengan mengharap semuanya baik-baik sahaja, pasti kita redha dan ikhlas menerima setiap apa yang telah ditakdirkan. )


Pernah kita gagal dalam kehidupan? Rasa tak berguna? Rasa terseksa? Rasa sedih yang menggunung tinggi?

Percaya atau tidak, actually selepas kegagalan/kesedihan yang menggunung tinggi, sebenarnya, kegagalan itulah yang mendidik diri. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Ujian itulah yang bakal mendidik dan menjadikan diri seseorang itu hebat. Nak jadi orang hebat? perlulah merasai dulu peritnya berjuang, pedihnya kehidupan. kalau mengeluh saje, don't expect much lah dalam hidup.

Seseorang yang kita lihat, begitu hebat peribadinya. Jangan sangka dia tidak pernah melalui detik-detik kejatuhan dalam dirinya. Malah, kejatuhan itu membuatkan dia kembali berazam untuk mencerahkan kehidupannya. Seseorang yang gembira tertawa ceria, jangan sangka dia sebenarnya pernah menangis setiap hari kerana kekecewaan. Kesedihan itu lalu membangkitkan dirinya sendiri untuk mencorakkan kehidupan yang lebih hebat di masa akan datang.

Anda pernah merasa bagaimana peritnya gagal mendapatkan sesuatu yang kita idamkan? Well actually, Allah sedang mendidik diri kita. Dia tidak memberikan apa yang kita mahu tapi dia memberikan apa yang kita perlu.Jika apa yang kita idamkan itu tidaklah begitu baik buat diri kita, maka Allah berikan kegagalan. Then, apabila kegagalan itu yang kita selalu sedih-sedihkan, bagitahu pada diri sendiri, selepas kesedihan/kekecewaan, Allah akan berikan aku bahagia. This is very true. Membuatkan diri kita berjaya in life. Nak senang-senang je? hello, itu bukan life namanya.

Anda pernah rasa frust bercinta? Peritnya kasih sayang yang bergunung-gunung dibina tapi tidak kesampaian? Itu tandanya, dia bukanlah yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin pandangan sebagai manusia, dialah yang terbaik yang pernah hadir dalam diri kita, but Allah said dia bukanlah yang terbaik buat diri kita. Orang yang terbaik itu hanya muncul setelah bertahun lama kita kecewa dan kesedihan sehingga cinta itu ibarat terpenjara dalam hati. Kita mengeraskan hati agar membutakan cinta biar diri sendiri tidak terpengaruh lagi. Kekecewaan dan kesedihan itulah yang menjadikan diri kita hebat. Keperitan itulah yang menjadikan diri kita tabah setiap hari. Sehingga orang jadi kagum.

Hidup ini ada atas dan bawah. Macam roda. Once kita berada di atas, once kita berada di bawah. Jangan rasa selesa sangat. Kalau kita rasa sekarang kita bahagia, ingatlah suatu hari nanti kita akan diuji dengan kesedihan. Kalau sekarang kita rasa berjaya, ingatlah suatu hari nanti kita akan diuji dengan kegagalan. Hidup ini adalah ujian. Gagal tak bermakna kita gagal selamanya. Sedih tidak bermakna sedih berpanjangan. Sediakanlah ruang untuk kita sendiri menghargai kebahagiaan.


Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi detik-detik kejatuhan? Just think positive. Dekatkan diri dengan Allah. This is the only treatment yang memang sangat success untuk mencantumkan hati yang berkecai. =’) Hanya Allah sahaja yang mempu mencantumkannya kembali. Sangat rugi if kita handle kesedihan kita dengan terus memusnahkan diri, menyakiti diri sendiri dan berkabung terlalu lama. Just remember, kesedihan dan kekecewaan itulah yang menjadi guru dalam kehidupan kita. Kenapa perlu bersedih terlalu lama? Menangis setiap hari itu bukankah akan menyakiti diri sendiri je? Move on
P/S : We can do it,..(^_^)

Perpisahan Ini

“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”


Perpisahan adalah suatu perkara yang amat menakutkan. Namun, itu adalah satu ketetapan yang perlu kita rasai dan ianya menjadi rencah dalam kehidupan. Manusia yang bercinta terpisah kasihnya. Anak-anak kehilangan ibu dan ayah lalu menjadi yatim di usia yang kecil. Apabila semakin dewasa, kita terpaksa berjauhan dengan ibu bapa, zaman sekolah menengah yang terpaksa kita tinggalkan, kawan-kawan sewaktu zaman itu, ya, perpisahan. Perpisahan pada terlalu banyak benda. 

Namun, perpisahan yang kita lalui merupakan satu titik mula pada satu kehidupan. Bukan satu pengakhiran. Bukan jua noktah kehidupan. Boleh jadi, kita berpisah dengan kedua ibu bapa kita untuk tempoh belajar ini ialah supaya kita menjadi lebih berdikari. If selama ini kita sentiasa hidup dengan bantuan mereka, sekarang kita perlu belajar hidup sendiri, mengurus hidup sendiri. Dan mungkin jua Allah ingin melatih kita hidup di atas kaki sendiri supaya apabila satu hari nanti apabila kedua orang tua kita diambil Ilahi, kita tidak cepat melatah untuk terus hidup. See? =) 

Boleh jadi, apabila sekarang ini kita terputus kasih dengan seseorang, orang itu bukanlah orang yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin jua, Allah sedang mengatur seseorang yang lebih baik di masa hadapan, yang dapat membimbing kita di kemudian hari. Tak dapat macam dia, Allah akan bagi yang lain exactly like him/her atau pun yang jauh lebih baik dari dia. Dan mungkin jua, Allah ingin menyelamatkan kita dari gelumang maksiat yang kita sendiri tidak sedari. Apabila semakin lama dengan si dia, kita mungkin akan jadi kurang malu. Allah nak selamatkan kita. Pengetahuan Allah Maha Luas dan siapa kita untuk mempersoalkannya. =)
Maka, jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik, suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, maka redhailah. Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, maka biarkanlah. Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, maka sebenarnya kita silap. Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik. =)
Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. =') What we need most.

ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?

p/s: Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.

Pagi oh pagi

Salam kepada semua,..huh!!!! da lame rasenye x berblog,..entah kenapa bangun je tido pagi ni...tetiba hati ini memanggil2 untuk buat entry,..nak kate mimpi semalam,..xde la plak,..hehe
Bangun tido je terus pergi dapur meninjau ape yang ade untuk dimakan,..dan akhirnya aku jumpe ni............................................................................................................................................


haa..tu dia,.ni orang panggil lempeng kelapa
lempeng ni sedap kalau dimakan panas-panas
 ditambah plak musim-musim hujan,..pergh!!!!


Air soya menjadi pilihan untuk dimakan 
dengan lempeng,..hehe


kesimpulannya,..breakfast aku pagi ni ialah
 lempeng dengan air soya...:)

Berikut adalah perbualan antara aku dengan mak aku pagi ni...

Mak : amboi!!! kak,..hilir benar makan lempeng dengan air soya,..
         mak dulu-dulu makan lempeng dengan air kopi jep.
Aku : (dengan selamber menjawab),..zaman dah berubah,..dunia dah maju mak,...hehe

P/S : Hargailah makanan warisan nenek moyang kita,..:)