Entry khas untuk Farah

Salam kepada semua...i'm coming...setelah dah beberapa WAKTU ketika tak mengupdate blog ni...al maklum la kan,.skang buzy sikit,..cewwah buzy memanjang,..kah3

Ok focus pade topik hari...entry kali ni khas untuk kawanku yang bergelar farah wahidah bt hizbillah...
ok farah,.entry kali ni hanya untuk farah yang comel, farah yang cantik, farah yang pandai, farah yang suka pakai gincu...opps!!!!!!!! tersalah sebut plak,..ok2 harap anda semua abaikan perkataan gincu 2 ye....(sensitif2) haha


Haa!!!!!!!! ni la cek mek moleks farah ni...
comel kan...:)


More Photo About Farah...


farah n ct


farah n elly...
men gapo la dua org ni???


haa ni plak farah n ________ hik3...

ok berbalik pada topik yang dibincangkan pada hari ini iaitu farah,..kita dapati bahawa farah adalah bla,bla,bla,bla,..hahaha,..ok dah merapu,..hik3

Farah ketahuilah bahawa dila sayang farah,.walau kita selalu gaduh,.walau kita selalu bertengkar,.walau kita kadang-kadang tak sefahaman,.walau kita selalu berebutkan sesuatu,.walau dila selalu usik farah,.walau farah selalu kena buli dek dila,..tapi dila nak farah tahu yang dila buat semua tu bukan dila benci farah tapi dila sayang farah,..farah kan seorang kawan yang sabar...oleh sebab itulah, farah selalu jadi mangsa buli dila dalam kelas,kat Mydin, kat PT, atas kereta, kat umah sama sekali...haha


Last skali Dila nak minta maaf atas layanan buruk dila kat farah selama ni,..eh jap2,..buruk ke????,..haha..dila nak farah tahu yang dila memang sayang farah n semau ok,..(^_^)

Aku dan Dia dah putus


Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur

Nikmatnye dapat berbuka puasa

Sedar tak sedar hari ni dah pon masuk 5 ramadhan...sekejap je kan masa berlalu...diharapkan ramadhan tahun ini membawa seribu pengertian buat diriku...hari ni aku berbuka puasa di rumah bersama-sama keluarga tercinta...best sangat...semalam mak aku masak singgang daging dan udang goreng kunyit...perghh!!!!!! sedap sangat2...

haa,..ni lah singgang daging tu...

udang goreng kunyit

best kan???
p/s: bukan aku yang masak tapi mak aku...hehe

Bila muka bukuku di activate

Sape kate aku tak boleh hidup tanpa muka bukuku atau dengan erti kata lain Facebook...ok aku berjaya men deactivate FBku selama seminggu la kot..kire lame la 2...hehe,.

Tika semua housemateku menghadap muka buku,.aku kepuasan keseorangan,..so ape lagi,..aktivitiku skang ni ialah main game Piyet-piyet...hahaha,..nak tahu macam mane game nye,..

haaaaaaa ni dia


kesimpulannya entry ku kali ni adalah indah khabar dari rupa...hehe

usah bersedih

 dengarilah sahabat, 
Allah memujuk, "attoyyibat littoyyibin" (an nur; 26)
"wanita baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya"

telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu
cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu

jika kau teguh di atas jalan yang diredhai,
insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama.
lupakan segala kegundahan
teguhkan diri pada cinta HAKIKI nescaya cinta lelaki turut kau miliki


p/s: entry untuk kali ini hanya sekadar hendak menyatakan bahawa lelaki baik untuk perempuan baik...jadi jangan risau dan bersedih wahai perempuan-perempuan di luar sane jika anda masih belum dimiliki kerana kerana mungkin Allah sudah menjanjikan yang terbaik untuk dirimu nanti....sekadar renungan

pengalaman yang mendewasakanku

Salam kepada semua...hari ni aku nak citer sikit pasal kisah cutiku yang di habiskan di SK Sri Permai yang terletak di Gua Musang...fuhh!!!!!! perjalanan kesana betul-betul adventure kot...perjalanan dari maktab dekat2 3jam pastu naik Trak plak lebih kurang dalam 2 jam lebih...sangat2 penat tapi enjoy kerana merasai sendiri pengalaman ke sana...pasni kalau aku dengar orang-orang bercerita sal Sekolah di pedalaman,..ok aku akan caye...hehe...

Bila aku berada disana barulah aku tahu tentang erti sebenar kehidupan...kehidupan yang betol-betol natural,..aku suke akan ini...hehe...dan satu lagi yang paling aku kagum ialah tentang kehidupan kanak-kanak disana...kecik-kecik lagi da tinggal kat asrama...basuh baju sendiri,basuh kasut sendiri,sume kerja diaorang buat sendiri...diaorang sangat-sangat berdikari,..ye la jika nak dibandingkan dengan aku mase kecik-kecik dulu sangat jauh berbeza dengan diaorang...


Snap-snap

kami baru bertolak


mase untuk bermain


cikgu-cikgu comel



cikgu Azim n cikgu Farah 
yang khusyuk mengajar



Anak-anak di SK Permai




hehe


sessi temubual bersama 
org asli Temiar



best maen sungai...


budak-budak pon da ikut 
trade mark aku...haha



murid-murid bersama 
cikgu-cikgu hensem

sesunguhhnya pengalaman itu banyak mendewasakan kita...jauh perjalanan luas pemandangan...
ok,..nampaknye stakat ni dulu lah ye,..jumpe lagi di next entry...




Saya Sayang Rumah Saya


walau rumah saya kecil
tapi saya sayang rumah saya
kerana disinilah tempat saya membesar
tempat berkumpulnya keluarga saya
tempat berlakunya kisah suka dan duka saya

walau rumah saya kecil
tapi saya sayang rumah saya
kerana disinilah tempat saya belajar tentang erti hidup
tempat dimana mak dan ayah saya marah saya bila saya lakukan kesalahan
tempat dimana mak dan ayah saya perbetulkan salah dan silap saya
saya sayang mak dan ayah saya

walau rumah saya kecil
tapi saya sayang rumah saya
tempat saya selalu bergaduh dengan adik saya bila berebutkan sesuatu
tempat saya dan abang-abang saya main masa kecik-kecik dulu
tempat saya makan dan melakukan segalanya

kesimpulannya,walau rumah saya kecil 
saya sayang rumah saya



Hang Out Pantai Irama (>_<)

Assalamualaikum kepada semua para blogger dan kawan-kawanku semua,..entry aku kali ni adalah lebih kepada dedikasi untuk kawan-kawanku yang mane tak lame lagi aku dah akan bersara dari jawatanku sebagai PKK(Penolong Ketua Kumpulan) ni...dan hari sabtu datang lagi, ape yang ade pada hari sabtu?????,..haa mai nak citer,...

sebenarnya aku dan kawan-kawanku telah menghabiskan lebih kurang separuh hari kat Pantai Irama…dengan terlaksananya aktiviti ni maka aku kira tugasku sebagai PKK telah berakhir untuk selama-lamanya…sob!sob!sob!... eh sedih ke aku ni?????hmm sedih la jugak nak lepaskan jawatan PKK ni, coz bukan pe, semasa aku menjadi PKK ni banyak la jugak aku belajar terutamanya bagaimana untuk menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab…huhuhu(bajet tacing la sangat)…hehe


Buat laili azimah awaluddin atau nama gelaran barunya (kuncup tapi berkumbang), terima kasih bebanyak kerna bersusah payah bersama-sama menjayakan aktiviti ni..Tak lupe gak buat farah,ct,za,ayen,shafik,jay n sume-sume kerna bersama-sama menjayakan aktiviti ni…tanpa kamu semua maka tidak berlakulah aktiviti ni,..cewwah berfalsampah ckit…hehe,..buat yang tak dapat datang tu,.takpe lenkali kite pergi lagi ok.

Pergi mane-mane tak sah kami semua tanpa gambar,..dah memang kuat bergambar agaknye kawan-kawan aku ni,..hamboi!!!! sedapnye aku mengata orang,..hehe,.selagi Kodak tak habis,selagi bateri masih ade, selagi itulah kami akan bergambar,..kalau gambar tak lebih dari 100 memang tak sah,haha...ade je gaya-gaya bebas yang di snap nye…hai!!!!tak tahu la,.kalau la kamera tu buleh bercakap mesti dia akan cakap dah-dah la korang duk bergambar boring da aku,asyik2 ambik gambar korang je,..x pun, Oh!!!! Tolang la,.gambar budak ni lagi,..hahaha…TAAAAAAPIIIII!!!!!!!!!! ADE KITE KESAH KAN????


Jom layan gambar yang sempat di Snap



kami yang baru nak bertolak...


Jay n shafik


santai!!!!


3 Dara Pingitan...hehe


suke-suke...


ayen yang sangat2 pemalu...


Syahadam selaku KK





sesi photoshoot

Maka dikesempatan ini saya selaku PKK yang bakal berpencen tak lama lagi,dengan ini memohon seribu kemaafan jika sekiranya selama memegang jawatan ini saya telah :.....
TERkasar bahasa,
terkasar bicara, 
termarah yang tak kena, 
tertanya yang tak tentu hala, 
tersasul yang tak sengaja, 
tercubit kat mana-mana, 
terpekik di telinga, 
terpinjam harta benda, 
termoody tak semena-mena, 
terumpat bila-bila,
terusik yang sengaja 
dan macam-macam TER!!!! Lagi yang ada,.

kerna sesunguhnya, saya juga insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..Maaf, jika sekiranya ada maklumat-maklumat kelas yang tidak berjaya untuk di sampaikan..MINTA AMPUN DUNIA AKHIRAT.
Terima kasih kepada anda semua kerana berjaya menjayakan program ini.

Ok lah ini saje untuk entry kali ni,.ape yang penting kite semua memang hebat,.sayang kalian semua...
wassalam...(>_<)










Sweet Time at Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sume,.. nampaknya dah lame aku tak update blog ni,..al-maklum la aku ni baru je balik dari sabah ba,..pokok nya aku buzy bangat,..aish!!!! merapu doh ak ni,..abes tercampur bahasa,..rosak habes bahasa,..ape punyer cikgu BM la…hehe,..di kesempatan ni aku nak kongsi citer dengan anda-anda sume tentang perjalanan aku ke Sabah baru-baru ni,..yang mana perjalanan ini banyak memberi seribu makna buat diriku ini...(>___<)



Haa ni adalah perjalanan aku dan kengkawanku ke Terminal LCCT,.
kami bertolak lebih kurang pukul 5.00 Pm...


berehat sebentar menikmati Breakfast...


kami-kami  sebelum bertolak





Berbalik pade citer aku tadi,. aku dan rakan-rakan seperjuanganku sekelas (BM/PJ/PSV) telah pergi ke sabah,..aish!!! macam nak wat karangan je aku nih…huhu…tapi fuh!!!! best giler,..first time nek Flight tu,..aku la,..mungkin dah berkali-kali kot bagi orang len,..al-maklum lah kat besut mane ade tempat tok nak landing flight ni,..kalau tak hari-hari aku dah nek flight nih,..cewwah…koya sikit….hehe(sambil ketawa sopan),..Jadi, untuk orang yang darrat macam aku ni,.first time nek flight,.memang teruja giler,..kelakar pun ade…hahaha,..atas flight aku duduk di tepi laili azimah awaluddin dan noraniza salleh,..
haa ni lah orang-orang nye...comel kan,..=p

elly n za


Memang terbek r duduk ditepi diaorang ni,..orang lain atas flight senyap je,.berjurus je,..tapi kiteorang tak pernah nak duduk diam,.ade je menda yang kami buat…malu dibuatnya…tapi ade K.A.M.I Kesah…haha


pemandangan nun di awan biru


First tempat kami pergi mase kat sabah ialah kat IPG Keningau,..perjalanan kesana mengambil mase yg agak lame jugak la,..tapi aku puas coz dapat tengok permandangan yang sangat cantik dan eksotik...eh2 bukan eksotik la tapi menarik...hik3..ditambah dengan jalan yang berbukit bukau dan bergunung ganang,.sgt2 membuatkan aku teruja,..sampai je kat sane terus kena buat persembahan,..walau badan kami penat tak terkata,.tapi kami masih lagi mampi bertahan,..caya lah sume..


Chantek!!!!



More Photo kat Sabah...

cik nurul n cik myra

farahim n ya

KAMI

ayen yang caring,..opps!!
nganjing jah bena...haha

best main ikan dalam air ini...

perjalanan kami ke sungai Tagal

sekitar bukit bukau



hahaks ayen blok muke aku...


sekitar ladang teh


 macam-macam aksi budak-budak ni...haha


kami dah nak balik...huhu

Ni lah antara beberapa gambar yang sempat aku upload,..nak upload semua alamak tak larat dibuatnya,.al-maklum lah gambar yang berjaya di snap mencecah 100...opps!!! bukan 100 tapi 1000 lebih,..ish2 memang kuat bergambar la budak-budak ni,termasuk la dengan aku sekali,..pantang je nampak tempat yang sesuai untuk bergambar,terus je snap2,..walhal dalam bas mini sekalipun...hehe...pape pun janji kita bahagia kan...

Trip ke sabah amat memenatkan tapi best,..bersama kawan-kawan sekelas yang sporting dan memahami amat menghiburkan hati aku...ketahuilah bahawa aku sayang kalian semua,..semoga persahabatan yang kita bina ini terus kekal untuk selamanya...
pe yang penting KITA SEMUA MEMANG HEBAT...

Ok lah setakat ni dahulu entry aku untuk kali ni,..c u all in the next entry k...Wassalam...(>___<)