Hari ni kat rumah mak ada buat makan-makan sikit..buat solat hajat sempena anak-anak mereka nak exam!! itulah mak ayah aku kalau nak kenal..kalut!!!..hehe..subhanallah! betapa beruntungnya aku dapat mereka sebagai ibu bapaku..tak tahu dengan apa untuk nak membalas jasa mak dan ayah..terima kasih ya Allah..:)
Mak, Ayah!..hanya doa sahaja yang mampu anakmu ini titipkan.
Ya Allah, ya tuhanku..Kau peliharalah kedua orang tuaku ini dalam rahmatmu..berikanlah kesejahteraan hidup kepada mereka,.jauhilah mereka dari api neraka,.kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka agar mereka dapat terus beribadat kepadaMu..kerana sesungguhnya ya Allah mereka terlalu istimewa bagi aku.
P/S : Alang sayang mak dan ayah